Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Norway Negara Pertama Di Dunia Yang Jual Lebih Banyak Kereta Elektrik Berbanding Petrol

Sistem Tingkap Kuasa Gagal Patuhi Piawaian Keselamatan, Lebih Sejuta Unit Tesla Dipanggil Semula

Diterbitkan September 28, 2022 · Dikemas kini September 29, 2022 oleh ariff bukhari

Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) pada 19 September 2022 lalu telah mengeluarkan notis memanggil semula sejumlah kenderaan elektrik Tesla selepas didapati sistem pembalikan automatik tingkap kuasa yang dipasang pada kenderaan EV itu mungkin tidak bertindak balas dengan betul selepas mengesan halangan padanya.

Sistem Tingkap Kuasa Gagal Patuhi Piawaian Keselamatan, Lebih Sejuta Unit Tesla Dipanggil Semula

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

NHTSA menjelaskan, keadaan itu boleh menyebabkan tingkap kuasa yang sedang menutup mengguna daya berlebihan menekan anggota badan sebelum sempat ditarik balik, sekaligus boleh meningkatkan risiko kecederaan pada penumpang atau pemandunya.

“…kenderaan tersebut gagal mematuhi keperluan Piawaian Keselamatan Kenderaan Bermotor Persekutuan nombor 118, “Sistem Tetingkap Kendalian Kuasa.”” NHTSA.

Tesla Model S

Model-model kenderaan Tesla yang terjejas dengan isu tingkap kuasa ini adalah Tesla Model 3 (tahun 2017 hingga 2022), Model S (tahun 2021 hingga 2022), Model X (tahun 2021 hingga 2022) dan Model Y (keluaran dari tahun 2020 hingga 2022).

Tesla Tingkatkan Kapasiti Bateri Untuk Model S dan X

NHTSA menyatakan potensi unit EV Tesla yang terjejas dengan isu ini adalah sebanyak 1,096,762 unit.

NHTSA memberitahu, Tesla akan melakukan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA) terhadap sistem pembalikan tetingkap automatik pada model-model EV Tesla yang terjejas secara percuma. Notis pemberitahuan kepada pemilik dijangka akan dihantar pada 15 November 2022.

Sumber: NHTSA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY