Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sistem Penebusan e-Tunai Rakyat TNG eWallet Mengalami Masalah

Sistem Penebusan e-Tunai Rakyat TNG eWallet Mengalami Masalah

Diterbitkan Januari 15, 2020 ยท Dikemas kini Januari 15, 2020 oleh Amalina Athman

*Kemaskini 5.00 petang: Aplikasi TNG eWallet sudah kembali pulih.

Kementerian Kewangan sebelum ini telah mengumumkan bahawa RM 450 juta akan diagihkan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 18 tahun dan ke atas, yang berpendapatan kurang dari RM 100,000 setahun. Program e-Tunai Rakyat adalah inisiatif Belanjawan 2020 oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mulai hari ini, rakyat Malaysia yang layak sudah boleh menebus inisiatif e-Tunai Rakyat sebanyak RM30 melalui platform TnG e-Wallet, Boost dan GrabPay.

Screenshot (124)

Namun, oleh kerana kehadiran trafik yang tinggi, sistem TNG eWallet mengalami masalah dan tidak dapat menampung kesesakan tersebut. Rata-rata pengguna Facebook dan Twitter mula meluahkan rasa kesal mengenai masalah itu.

Screenshot (125)_censored

Screenshot (127)_censored

Sistem Penebusan e-Tunai Rakyat TNG eWallet Mengalami Masalah

Menurut seorang pengguna twitter, seharusnya pihak Touch ‘n Go menjalankan simulasi terlebih dahulu . Ia bertujuan supaya sistem penebusan e-Tunai Rakyat yang melibatkan jutaan rakyat Malaysia dapat berjalan dengan lancar.

Sistem Penebusan e-Tunai Rakyat TNG eWallet Mengalami Masalah

Bagi anda yang ingin menebus inisiatif tersebut melalui platform TNG eWallet, mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi sehingga sistem tersebut kembali pulih. Untuk proses penebusan, ia akan mengambil masa selama lima hari bekerja.

Selain kredit e-Tunai Rakyat sebanyak RM30, anda juga akan menerima bonus eksklusif TNG eWallet bernilai RM30 dan 2x penyertaan untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM2 Juta.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY