Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tng nfc PADU

Sistem PADU Disahkan Selamat, Dipantau Berterusan

Diterbitkan Mac 30, 2024 · Dikemas kini Mac 30, 2024 oleh ariff bukhari

Respon terhadap laporan yang mendakwa Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dibangunkan menggunakan kaedah “lapuk”, yang berpotensi menjejaskan integriti datanya,  Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan sistem tersebut adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.

“Perincian sistem dan seni bina PADU juga tidak didedahkan kepada umum, maka kenyataan bahawa kaedah pembangunan sistem PADU ini lapuk adalah tidak berhemah,” DOSM.

Malah pihak CyberSecurity Malaysia (CSM) juga mengesahkan bahwa PADU selamat dan menolak kemungkinan integriti data sistem berkenaan berpotensi untuk dikompromi.

“Sistem PADU telah mematuhi keperluan yang ditetapkan Dasar Kriptografi Negara, keselamatan sistem PADU juga dipantau secara berterusan oleh agensi kerajaan yang kompeten dan bertauliah” Ketua Pegawai Eksekutif CSM, Datuk Dr. Amirudin Abdul Wahab.

Turut sama menegaskan perkara ini adalah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang memaklumkan, antara pihak yang terlibat dalam menguruskan keselamatan siber negara termasuklah Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Cybersecurity Malaysia.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Sistem PADU Didakwa Dibangun Menggunakan Kaedah Lapuk

Sumber: BERNAMA 1, 2, 3

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY