Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PADU Rafizi_

Sistem PADU Didakwa Dibangun Menggunakan Kaedah Lapuk

Diterbitkan Mac 29, 2024 · Dikemas kini Mac 29, 2024 oleh ariff bukhari

Ditengah-tengah kesibukan orang ramai yang kini mengejar tarikh akhir pendaftaran di Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir pada 31 Mac 2024 ini, kini wujud dakwaan yang mengatakan sistem pangkalan data itu dibangun menggunakan kaedah lapuk.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT) hari ini, seorang pakar keselamatan siber bernama Fong Choong Fook mendakwa, hab pangkalan data pusat (Padu) dibangunkan menggunakan kaedah “lapuk”, yang berpotensi menjejaskan integriti datanya.

“Berdasarkan pemerhatian saya setakat ini, kita menggunakan kaedah-kaedah yang lapuk untuk membina pangkalan data, maka apa gunanya cari jabatan mana untuk kendali sekiranya reka bentuk pangkalan itu sendiri tidak baik”

Beliau yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif LGMS Bhd, sebuah syarikat yang menerajui ujian dan penilaian penembusan keselamatan siber berkata, organisasi moden hari ini menggunakan “API gateway” (laluan API) untuk mengakses data yang tersebar, berbanding membina “duplicated centralized database” (pangkalan data berpusat pendua).

“Perhatikan inisiatif kerajaan Singapura. Mereka ada ‘API gateway’ di awan (cloud) yang membolehkan ia mengakses pelbagai data yang tersebar dan tersimpan di agensi-agensi berbeza,” Fong Choong Fook.

Tambahnya, beliau mengatakan sistem tersebut sangat ketinggalan zaman.

Ulas beliau lagi, pendekatan lama dikhuatiri bukan sahaja akan menyebabkan penduaan data (data duplication), tetapi juga ketepatan masa (timeliness), integriti, dan ketepatannya dipersoalkan.

Sebelum ini, Premier Sarawak, Abang Johari Openg secara terangan menyuarakan kebimbangan tentang PADU.

Pegawai pentadbiran Sarawak di Sri Aman dan Sibu telah diarahkan untuk tidak mendaftarkan maklumat penduduk di Padu sehingga diberitahu.

Sekiranya anda masih kurang faham kenapa kerajaan menyarankan pendaftaran PADU, anda boleh baca di SINI.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY