Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
saifuddin nasution myborderpass

Sistem Kod QR MyBorderPass Akan Diperluas Kepada Pengembara ASEAN – Saifuddin

Diterbitkan Januari 13, 2025 · Dikemas kini Januari 13, 2025 oleh Amalina Athman

Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyBorderPass akan diperluas kepada pengembara ASEAN bagi pelepasan keluar dari Malaysia, selain menjadi sebahagian daripada persediaan awal bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini mempunyai tanggungjawab besar untuk memastikan kelancaran proses keluar masuk di pintu utama negara.

Tahun ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada hampir 400 mesyuarat peringkat pegawai kanan dan menteri. Untuk proses masuk, mereka guna sistem yang biasa, tetapi proses keluar, kita benarkan mereka gunakan laluan untuk kod QR.

Beliau berkata pada masa ini sistem kod QR hanya boleh digunakan rakyat Malaysia bagi urusan keluar masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2.

Tambahnya lagi, seramai 400,000 rakyat Malaysia setakat ini telah memuat turun aplikasi MyBorderPass – membolehkan pelepasan dilakukan dengan lebih pantas, iaitu secara purata dalam tempoh 4 saat sahaja. Sementara jumlah penggunaan keseluruhan ialah 55,000 pengguna dalam tempoh 11 hari sejak dilancarkan 1 Januari lepas.

MADANI SEDANG DIREALISASI: IMBASAN KOD QR DI KLIA 1 & 2 INISIATIF KHAS UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Pagi ini saya sempat merasai sendiri pengalaman menggunakan teknologi imbasan kod QR sebelum berangkat ke Abu Dhabi bagi menyertai lawatan rasmi YAB Perdana Menteri di sana.

Inovasi… pic.twitter.com/FL8K4h1VJn

— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) January 11, 2025

Dalam pada itu, Saifuddin berkata sistem kod QR itu dirancang untuk diperluaskan ke lapangan terbang antarabangsa utama yang lain seperti di Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi.

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pelancaran Lorong Imbasan Kod QR Di KLIA: Proses Imigresen Lebih Pantas Tanpa Kompromi Keselamatan
  • Pengembara Warganegara Malaysia Perlu Muat Turun Aplikasi MyBorderPass
  • Logo Tahun Melawat Malaysia 2026 Bukanlah Karya Yang Dijana AI

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY