{suggest}
Berikut merupakan 8 perkhidmatan kesihatan yang boleh ditempah melalui aplikasi MySejahtera:
- Rawatan Pesakit Luar
- Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI)
- Saringan Kesihatan PeKa B40
- Pemeriksaan Kesihatan Pra-Pekerjaan/Pra-Pengajian
- Saringan Pra-Perkahwinan
- Khidmat Berhenti Merokok (KBM)
- Perkhidmatan Perancang Keluarga
- Prosedur (rawatan luka, penukaran tiub, dll.)
Perkhidmatan ini telah pun dimulakan di 673 Klinik Kesihatan secara berfasa, bermula dengan saringan NHSI, PeKa B40, KBM dan akan diperluaskan kepada perkhidmatan lain secara berperingkat.
Antara kelebihan sistem janji temu atas talian ini termasuk boleh mengubah tarikh janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa perlu membuat panggilan ke fasiliti kesihatan.
Selain itu, sistem ini juga mempunyai fungsi Automated Reminder yang membolehkan pelanggan menghadirkan diri mengikut masa dan tarikh yang ditempah. Bagi kes kecemasan seperti demam atau penyakit berjangkit, orang ramai boleh terus ke fasiliti kesihatan primer tanpa perlu membuat janji temu.
Sistem janji temu melalui aplikasi MySejahtera bagi tahun 2023 telah mula sepenuhnya dan tempahan boleh dilakukan bermula hari ini.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Berkaitan
- MySejahtera Kini Dilengkapi Pasport Kesihatan Dengan Butiran Vaksinasi
- MKN Memberi Penjelasan Berhubung Isu Imbas MySejahtera Di Stesen Minyak
- Terlupa Kata Laluan Aplikasi MySejahtera? Ini Cara Tetapkan Semula
- Sistem Janji Temu MySejahtera Diperluas Kepada Perkhidmatan Pergigian
- Aplikasi MySejahtera Dilancarkan Oleh Kerajaan Malaysia, Pengguna Boleh Laksana Penilaian Kesihatan Sendiri
- Laporan Ketua Audit Negara: Akaun 'Super Admin' Muat Turun 3 Juta Maklumat Aplikasi MySejahtera
- Menteri Pengangkutan Malaysia - Penunggang P-Hailing Wajib Daftar Di Aplikasi MySejahtera
- Aplikasi MySejahtera Boleh Jadi Super App
- Lebih 5 Juta Pendaftaran Telah Direkodkan Melalui MySejahtera
- MKN Umum SOP Pembukaan Semula Ekonomi, Orang Ramai Digalakkan Daftar Aplikasi MySejahtera