SIRIM akan melaksanakan pensijilan terhadap durian jenis Musang King sebelum hujung tahun ini, kata pengarahnya, Mohd Adzhar Ahmad.
Waktu ini, SIRIM bersama Jabatan Pertanian Negeri Perak dan Institut Penyelidikan dan MARDI sedang berusaha membangunkan piawaian untuk perakuan raja buah berkenaan.
“Setiap negara ada keperluan untuk mengimport sesuatu produk, sekiranya durian Musang King sudah ada pensijilan, tidak perlu ada banyak dokumentasi sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi,” kata Mohd Adzhar.
Ia juga salah satu usaha untuk menjamin kualiti dan mengekang masalah durian dari jenis itu dijual pada harga tidak munasabah.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Pekebun Durian Perak Nor Hisham Nayan, berkata organisasi itu sedang merangka rancangan untuk membantu pekebun durian di negeri ini meningkatkan kualiti tanaman.
Beberapa kursus termasuk kursus lanjutan, kursus biodiversiti serta kursus kepada pekebun baharu akan diadakan untuk ahli persatuan itu dengan kerjasama pelbagai agensi.
Sebelum ini, SIRIM menangguhkan penguatkuasaan sijil mereka terhadap pelitup muka selepas menerima respons negatif daripada orang ramai.
Baca juga: