Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (46)

Siri vivo X200 Tiba Di Malaysia Pada 19 November 

Diterbitkan November 15, 2024 oleh Rushsyafizal

vivo Malaysia bakal melancarkan siri vivo X200 yang dinanti-nantikan ini di pasaran tempatan, secara tidak langsung menjadi negara pertama di Asia Tenggara untuk menerima telefon tersebut pada 19 November 2024.

Digelar sebagai “Telefon Konsert Terbaik dengan ZEISS”, siri ini menawarkan pengalaman fotografi mudah alih yang revolusioner dengan lensa telefoto ZEISS APO 200MP yang canggih.

vivo X200 dan X200 Pro dilengkapi lensa, ZEISS 200MP membolehkan pengguna mengambil gambar berkualiti tinggi dalam situasi pencahayaan mencabar. Tidak kira jarak atau lokasi, pengguna boleh menangkap imej konsert dan subjek yang jauh dengan ketajaman yang luar biasa.

Selain fotografi, siri vivo X200 juga menawarkan cip dwi-andalan, iaitu V3+ Imaging Chip dan MediaTek Dimensity 9400. Gabungan ini memberikan pengalaman multi tugas yang lancar.

vivo X200 Pre-order (1)

 

Prapesan siri vivo X200 kini dibuka dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,787 termasuk jaminan tambahan setahun, jaminan perlindungan skrin setahun, beg komputer bergaya, dan hadiah pilihan sama ada fon telinga pembatalan hingar vivo TWS 3e untuk X200 atau pengecas pantas wayarles 50W untuk X200 Pro.

Terdapat juga diskaun PWP sehingga 30% untuk vivo watch 3 dan vivo TWS buds di kedai rasmi vivo dan platform e-dagang. vivo juga menawarkan promosi tukar beli khas dengan rebat tambahan sehingga RM500 untuk peranti lain.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • CEO Xbox Sahkan Konsol Permainan Mudah Alih Xbox Dalam Pembangunan
  • Samsung Galaxy S25 Dijangka Lancar Pada 23 Januari
  • Telefon Pixel Kini Boleh Kenal Pasti Aplikasi Berbahaya
  • Skuter Elektrik Dengan Panel Solar Ini Akan Dijual Pada Harga ~RM22,372

Sumber: siaran media vivo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY