Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rog ally

CEO Xbox Sahkan Konsol Permainan Mudah Alih Xbox Dalam Pembangunan

Diterbitkan November 15, 2024 ยท Dikemas kini Februari 17, 2025 oleh Amsyar Latif

Ketua pegawai eksekutif Xbox, Phil Spencer kini mengesahkan bahawa konsol permainan mudah alih daripada Xbox bakal dilancarkan. Dalam temu bualnya bersama Bloomberg, beliau mengakui yang peminat mahukan Microsoft memperkenalkan konsol sebegitu memandangkan ia semakin popular sekarang.

Terdahulu, Microsoft dilaporkan yang mungkin akan melancarkan konsol mudah alih dan Phil Spencer melalui IGN sebelum ini juga mengatakan perkara sama di mana mereka patut ada ‘handheld’.

Walau bagaimanapun, konsol mudah alih Xbox ini tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat. Phil Spencer menyatakan yang mereka sekarang sedang berusaha membangunkan prototaipnya terlebih dahulu.

Tambahan lagi, beliau juga meminta pasukannya untuk bukan hanya membangunkan ‘handheld’ semata-mata tetapi mencipta konsol permainan mudah alih yang mampu bersaing dengan peranti sedia ada di pasaran.

Oleh itu, peranti daripada Microsoft tersebut dijangka akan diperlihatkan pada tahun 2025. Buat masa sekarang, Microsoft memfokuskan untuk menambah baik aplikasi Xbox terlebih dahulu kerana Phil Spencer merasakan yang ia tidak cukup bagus untuk beberapa platform.

Sumber: gamerant

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Microsoft Rancang Masa Depan 'Gaming Handheld' Gabungan Xbox Dan Windows
  • CEO Xbox Sahkan Rancangan Bawa Permainan Xbox Ke Nintendo Switch 2
  • CEO Xbox Dedah Kenapa Xbox Mahu Jual 'Game' Di PlayStation 5

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY