Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Untitled design (45)

Telefon Pixel Kini Boleh Kenal Pasti Aplikasi Berbahaya

Diterbitkan November 15, 2024 oleh Rushsyafizal

Google telah mula melancarkan ciri baharu dalam Play Protect untuk peranti Pixel, iaitu Live Threat Detection, yang membolehkan telefon mengesan aplikasi berbahaya secara masa nyata. Ciri ini mula tersedia bagi Pixel 6 dan model yang lebih baharu dan akan diperkenalkan kepada peranti pengeluar lain dalam beberapa bulan akan datang.

Play Protect Live Threat Detection menggunakan AI pada peranti untuk mengesan aplikasi yang berpotensi mengancam keselamatan data pengguna.

Dengan analisis menyeluruh terhadap bagaimana aplikasi berinteraksi dengan kebenaran sensitif dan aplikasi lain, ciri ini dapat memberi amaran kepada pengguna tentang aplikasi mencurigakan serta memberi panduan segera untuk menghapuskan aplikasi tersebut.

Google menyatakan bahawa ciri ini juga mampu mengenalpasti aplikasi yang cuba menyembunyikan kelakuan berbahaya atau yang tidak aktif sebelum tiba-tiba mula bertindak mencurigakan.

Google memberi jaminan bahawa ciri ini beroperasi tanpa mengumpul data pengguna. Semua analisis dilakukan menerusi teras pengiraan persendirian, teknologi privasi yang memproses data secara selamat di dalam peranti. Dengan ini, pengguna boleh yakin bahawa data mereka dilindungi, tanpa sebarang kompromi pada keselamatan privasi.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Aplikasi Suntingan Video Di Windows Ini, Ada AI Dan Percuma Je
  • Pengguna Bank Islam Wajib Kemas Kini Aplikasi Kepada Versi Terbaru
  • Siri Xiaomi 14T Akan Terima HyperOS 2 Tak Lama Lagi
  • WhatsApp Uji Ciri Tambah Kapsyen, Sunting Pelekat GIF
  • CEO Xbox Sahkan Konsol Permainan Mudah Alih Xbox Dalam Pembangunan

Sumber: android authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY