Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme gt neo 5 leaked (1)

Siri realme GT Neo Mungkin Bukan ‘Midrange’ Lagi, Ini Spesifikasi realme GT Neo 5 Yang Dilaporkan

Diterbitkan Disember 29, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

realme GT Neo 3T ialah model terbaru daripada realme yang dilancarkan pada Ogos lalu. Kini, tertiris pula maklumat tentang realme GT Neo 5. Malah, gambarnya turut dijana.

Seperti biasa, jenama-jenama China tidak akan menggunakan angka ‘4’ untuk nama produk mereka.

realme gt neo 5 leaked (2)

Laporan mengatakan siri ini akan datang dengan 2 model di mana salah satunya menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 manakala satu lagi model menggunakan MediaTek Dimensity 8200.

Bagi model Snapdragon 8+ Gen 1, ia mempunyai kapasiti bateri 4,600mAh dengan pengecasan maksimum 240W lantas menjadikannya telefon dengan kepantasan pengecasan tertinggi di dunia.

Kami pernah berkongsi tentang berita ini melalui artikel INI.

realme gt neo 5 leaked (1)

Untuk model dengan cip Dimensity 8200 pula, ia sekadar berupaya menyokong pengecasan sehingga 150W namun baterinya lebih besar iaitu 5000mAh.

Akan tetapi, kedua-dua mungkin menggunakan 3 kamera yang sama di belakang iaitu 50MP utama dengan OIS (IMX890), 8MP sudut lebar dan 2MP makro/kedalaman.

Berkaitan

  • Terlalu Pantas, Siri realme GT Neo 5 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan 240W
  • Rasmi, realme 10 Pro Dan realme 10 Pro+ Bermula RM1,299 Hingga RM1,799
  • Ini Kesemua Pelan Prabayar Dan Pascabayar Yang Ada 5G Di Malaysia Sekarang
  • Imej Pengecas realme 240W Tertiris, Mungkin Hadir Bersama GT Neo 5

Kamera utama 50 tersebut ialah model Sony yang sama digunakan pada OPO Find N2 dan Reno 9 Pro+. Sensor 16MP pula dijadikan kamera swafoto.

Buat masa ini, semua perkongsian ini masih khabar angin dan belum disahkan oleh realme.

Sumber: Gizmochina

Gambar utama: Smartprix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY