Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-01-04 163528

realme C67 Bakal Dijual Dengan Harga Serendah RM799

Diterbitkan Januari 4, 2024 oleh Muhd Idham

Seiring dengan pengumuman kemasukan telefon pintar realme C67, realme Malaysia kini telah menetapkan tarikh untuk jualan fasa pertama realme C67 di pasaran tempatan yang akan bermula pada 6 Januari 2024 hingga 20 Januari 2024.

 

Untuk imbas kembali, realme C67 dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 685 dan hadir bersamanya konfigurasi 16GB RAM (8GB + 8GB) serta pilihan storan 128GB dan 256GB.

Featured Image – Wiser Article – 2024-01-04T162508.158

Selain itu, peranti ini juga dipasangkan dengan kamera utama 108MP yang menyokong sensor 3x untuk zum, kamera swafoto 8MP dan kamera ultra lebar 2MP.

Kapasiti bateri telefon ini pula adalah 5,000mAh yang lengkap dengan pengecasan 33W.

one pic to know realme C67 16_9

Untuk pembelian realme C67 ini, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan realme berhampiran ataupun layari gedung rasmi dalam talian relame seperti Shopee dan Lazada pada tarikh yang telah ditetapkan.

Harga yang tertera di bawah adalah untuk dua pilihan warna iaitu Sunny Oasis dan Black Rock.

  • 8GB + 128GB = RM799
  • 8GB + 256GB = RM899

Di samping itu, realme Malaysia juga menawarkan beberapa hadiah menarik untuk setiap kaedah pembelian yang berupa Techlife P-16 Memory Neckband bernilai RM69 dan Power Bank 10,000mAh bernilai RM148.

Berkaitan

  • Siri vivo X100 Rasmi Di Malaysia - Cip Dimensity 9300, Harga Bermula RM3,499
  • HUAWEI MatePad Pro 13.2 Sedia Untuk Prapesan Sehingga 8 Januari 2024
  • Pengguna Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini Pertama 2024

Sumber: Siaran Media realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY