Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Siri Infinix Hot 30 Kini Hadir Dengan 8GB RAM, Harga Bermula RM399

Posted on Januari 18, 2024Januari 18, 2024

Keluaran siri Infinix HOT 30 ini dahulunya telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia pada bulan April 2023.

Kini, syarikat Infinix mengumumkan ketibaan versi terbaru dengan penambahbaikan dari sudut RAM dan kamera bagi model Infinix HOT 30 dan HOT 30i bersama harga promosi.

Infinix HOT 30

Model ini dikuasakan cip pemprosesan MediaTek G88 dengan gandingan memori konfigurasi 8GB RAM LPDDR4X dan kapasiti storan 256GB. Ia juga menjalankan Android 13.

Skrin yang digunakan pula adalah LCD (2460 x 1080) 6.78 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Selain itu, HOT 30 ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 8MP serta mampu merakam video berkualiti 2K.

Kapasiti bateri pula adalah 5,000mAh dan disokong pengecasan 33W.

Infinix HOT 30i

Untuk model HOT 30i pula, ia dikuasakan cip MediaTek G37. Ia juga dilengkapi dengan 8GB RAM LPDDR4X dan memori storan 128GB serta menjalankan sistem pengendalian Android 13.

Telefon ini menggunakan skrin LCD (1612 x 720) 6.56 inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Ia juga menggunakan kamera utama 50MP dan kamera swafoto 5MP.

Untuk bateri, model ini menawarkan kapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 10W.

 

Anda boleh dapatkan telefon pintar siri Infinix HOT 30 ini dengan harga promosi seperti di atas melalui pautan di bawah:

Shopee – https://invl.io/clklmh5

Lazada – https://invol.co/clklmh9

TikTok

Ketersediaannya dengan harga promosi adalah bergantung kepada stok.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress