Selepas 40 Tahun, Tetris Ditewaskan Pemain Berumur 13 Tahun

Mungkin tahun ini adalah permulaan tahun 2024 yang cukup baik, khususnya kepada seorang kanak-kanak berumur 13 tahun bernama Willis Gibson dari Oklahoma.

Ini kerana, dia dipercayai sebagai pemain pertama di dunia yang berjaya mengalahkan permainan Tetris selepas permainan itu tergantung secara tiba-tiba (crash) kerana ia tidak lagi mampu menjana (kehabisan) brick untuk dikeluarkan.

Seperti yang boleh dilihat, markah dicapai Willis juga adalah yang tertinggi dengan tiada lagi mata boleh dicatatkan permainan itu.



Malah video pada saat Willis menyedari bahawa dia telah berjaya mengatasi permainan itu menjadi tular di seluruh dunia.

Kejayaan itu Willis dedikasikan kepada mendiang ayahnya yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Willis Gibson adalah nama asing dalam permainan Tetris. Walaupun baru bermain sekitar 2 tahun permainan ini, tetapi dia pernah menduduki tempat ketiga di Kejohanan Dunia Tetris Klasik.

https://www.youtube.com/watch?v=J9oVQ43j22g

Tular dengan kejayaan itu, Willis telah diberikan kejutan bertemu sendiri melalui panggilan video dengan pembangun permainan itu, Alexey Pajitnov serta pengasas syarikat Tetris, Henk Rogers ketika ditemu ramah bersama dengan NBC News.

https://www.youtube.com/watch?v=dS_8CZy8DbI

Pada tahun 1984, TetrisĀ® dilahirkan dari imaginasi pengaturcara komputer Rusia bernama Alexey Pajitnov.

Tetris diilhamkan oleh permainan papan teka-teki kegemarannya iaitu Pentominos. Pajitnov mencipta permainan elektronik itu yang membolehkan pemain menyusun kepingan teka-teki dalam masa nyata semasa ia jatuh dari atas.

Reka bentuk yang dihasilkan adalah permainan yang menggunakan tujuh keping permainan geometri tersendiri dengan setiap satu terdiri daripada empat segi empat sama.

Pajitnov memanggil permainan ini "Tetris," gabungan "tetra" (perkataan Yunani bermaksud "empat") dan "tenis" (sukan kegemarannya).

Kapsyen: Tetris yang asal pertama kali dilancarkan secara besar-besaran di platform Nintendo Entertainment System pada tahun 1989.


Pada tahun 2024 ini, Tetris meraikan ulang tahunnya yang ke-40. Walaupun sudah lama dalam industri permainan, ia ini terus digemari di seluruh dunia oleh semua peringkat umur di seluruh dunia merentasi budaya.

Berbilion permainan Tetris dimainkan dalam talian setiap tahun dengan lebih 520 juta unit telah dijual di seluruh dunia.

Rangkaian pemegang lesen global jenama Tetris termasuklah penerbit permainan video terkemuka, Nintendo dan Sega, serta banyak rakan kongsi dalam elektronik, mainan dan permainan, pakaian, aksesori, hiburan dan banyak lagi.

Tetris Holding, LLC, ialah pemilik hak Tetris di seluruh dunia dan The Tetris Company, Inc. ialah pemegang lesen eksklusifnya.

{suggest}

Sumber: Tetris, Mashable

Berkaitan