Siri Mate 20 akan merangkumi tiga variasi model berbeza iaitu Mate 20, Mate 20 Pro serta Mate 20 Lite. Mate 20 dan Mate 20 Pro disahkan akan menjadi peranti pertama yang menggunakan cip Kirin 980, manakala Mate 20 Lite dikatakan akan menggunakan sistem cip yang lebih rendah, Kirin 710.
Kredit : wccftech
Selain itu, Mate 20 juga mungkin akan dilengkapi dengan tri-kamera utama seperti yang dimiliki oleh P20 Pro. Dari segi paparan hadapan pula, ia akan didatangkan dengan skrin 6.3-inci AMOLED dengan rekaan takuk kecil atau waterdrop, bateri sebesar 4,200mAh serta fungsi pengecasan tanpa wayar terpantas setakat ini.
Bagaimanapun, walaupun diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai, semua spesifikasi dalam perenggan di atas adalah masih belum rasmi. Mungkin akan ada kejutan daripada pihak Huawei di masa akan datang memandangkan tarikh pelancarannya masih berbaki lebih sebulan dari sekarang.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh ikuti laman rasmi Huawei Malaysia di Facebook.
Sumber
Berkaitan
- Huawei Mate 20 Pro Diperkenalkan Secara Rasmi Dengan Kamera Ultra-Wide & Pengecasan Terpantas
- Peranti Boleh Lipat Huawei Akan Diperkenalkan 2 Hari Lagi
- Muat Turun Kemaskini Piala Dunia 2018 Pada Permainan Fifa 18 Anda Sekarang
- Huawei Lancarkan Koleksi GIF Hannah Delisha Eksklusif Untuk Siri Nova 3
- Bersenjatakan Vivo V17 Pro, RRQ Athena Berjaya Rangkul Kejuaraan PMCO 2019 Asia Tenggara
- Pasang Google Playstore Pada Mate 30 Pro, Betul Ke Boleh Guna?
- Snapdragon Wear 1200 -Pemproses Baru Untuk Wearable
- GoPro Umum Kerjasama Dengan Huawei Untuk Aplikasi Suntingan Video
- Pengguna Huawei Nova 3 & Nova 3i Di Malaysia Diberi Peluang Mencuba Beta EMUI 9.0
- Mesin Masa Depan #WiserTahun2020