Kirin 980 Diperkenalkan, Cip 7nm Pertama Di Dunia Dan 37% Lebih Laju Berbanding Versi Lama

Setelah sekian lama digembar-gemburkan, Huawei akhirnya memperkenalkan cip pemprosesan berkuasa tinggi, Kirin 980.

Dipertontonkan pada acara teknologi IFA Berlin, Kirin 980 merupakan cip pemprosesan pertama yang dilancarkan secara rasmi dengan rekaan berasaskan teknologi 7nm.

Direka dengan Cortex-A76 dan Cortex A55, Huawei juga telah membangunkan teknologi Flex Scheduling, ditugaskan untuk mengoperasikan teras mengikut tugasan yang bersesuaian untuk mendapatkan prestasi yang terbaik.



Dibahagian grafik, ia menggunakan Mali-G76 dan difahamkan ia peningkatan sebanyak 46% prestasi dan menjimatkan 178% kuasa berbanding Kirin 970.

Kirin 980 adalah cip pertama yang menyokong memori LPDDR4X 2133MHz dan ia turut dilengkapi dengan cip dwi NPU. Memanggilnya sebagai Dual Brain Power, ciri tersebut dapat mengenalpasti 4500 imej dalam masa seminit.

Dengan pengenalan Kirin 980, Huawei menyasarkan untuk memecahkan dominasi cip keluaran Qualcomm, Samsung dan juga Apple.

Sumber: GSM Arena