Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Siri HONOR Magic7 Bakal Hadir Dengan Ciri Autopilot AI

Siri HONOR Magic7 Bakal Hadir Dengan Ciri Autopilot AI

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh Amsyar Latif

Pada acara Snapdragon Summit, HONOR turut mengambil peluang untuk memperkenalkan teknologi terbaru mereka, iaitu Autopilot AI. Teknologi ini bakal hadir dalam siri Magic7 yang akan rasmi pada 30 Oktober 2024 di pasaran China.

Menerusi ciri Autopilot AI, ia merupakan on-device AI Agent untuk ekosistem terbuka pertama dalam industri. Ia boleh mengambil input daripada gesaan teks atau suara dan kemudian AI Agent ini akan “mengambil alih” tugas selebihnya.

Dalam demo yang ditunjukkan Dr. Ray Guo, CMO HONOR, AI ini boleh mengambil pesanan kopi secara sendiri. Malah, kopi itu juga mengikut cita rasa penggunanya. Difahamkan, AI ini belajar sendiri berdasarkan tabiat pengguna dan untuk ini juga, pengguna perlu membenarkan AI ini untuk memahami anda.

Siri HONOR Magic7 Bakal Hadir Dengan Ciri Autopilot AI

Selain itu, HONOR juga memperlihatkan yang ia boleh batalkan langganan dalam aplikasi serta perkhidmatan yang tidak lagi dimahukan. Tambah mereka, AI ini secara tidak langsung boleh jadi pembantu untuk menempah tiket, merancang perjalanan bercuti, memindahkan fail, pengurusan notifikasi dan kalendar.

Siri HONOR Magic7 Bakal Hadir Dengan Ciri Autopilot AI

Bukan itu sahaja, siri Magic7 juga menawarkan AI generatif untuk gaming di mana ia memanfaatkan pengkomputeran NPU (neural processing unit). Dengan ini, permainan mudah alih dapat memainkan permainan pada grafik lebih cantik tetapi tidak membebankan GPU dan suhu peranti tidak terlalu tinggi.

Siri HONOR Magic7 dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite dan menjalankan MagicOS 9.0. Kepada berminat, beta MagicOS 9.0 telah pun dibuka dan anda boleh semak peranti yang menyokongnya di SINI.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY