Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Program Beta MagicOS 9.0 (Android 15) Kini Dibuka, Ini Senarai Peranti Yang Layak

Program Beta MagicOS 9.0 (Android 15) Kini Dibuka, Ini Senarai Peranti Yang Layak

Diterbitkan Oktober 22, 2024 · Dikemas kini Oktober 22, 2024 oleh ariff bukhari

HONOR telah mengejutkan pengguna dengan penawaran awal ujian beta dalaman untuk perisian baharu, iaitu MagicOS 9.0. Pengguna boleh menguji dan meneroka ciri-ciri baharu yang ditawarkan lebih awal sebelum pelancaran rasminya.

MagicOS 9.0 yang berasaskan Android 15 MagicOS 9.0 dijadual akan dilancarkan pada 23 Oktober ini yang akan memperkenalkan ciri-ciri AI baharu yang akan meningkatkan produktiviti pengalaman pengguna bersama telefon pintar HONOR.

Menerusi ujian beta ini, 12 peranti layak untuk mencuba OS terbaru daripada mereka.

Berikut ialah senarai peranti kumpulan pertama yang layak untuk program beta ini.

  1. Honor Magic V3
  2. Honor Magic Vs3
  3. Honor Magic V2
  4. Honor Magic V2 Ultimate Edition
  5. Honor Magic V2 RSR Porsche Design
  6. Honor Magic 6
  7. Honor Magic 6 Pro
  8. Honor Magic 6 Ultimate
  9. Honor Magic 6 RSR Porsche Design
  10. Honor Magic 5
  11. Honor Magic 5 Pro
  12. Honor Magic 5 Ultimate

Memandangkan masih versi beta, ia mungkin membawa beberapa isu dan pepijat kestabilan pada peranti. Selain itu, beberapa aplikasi pihak ketiga mungkin tidak serasi dengan Android 15.

Oleh itu, jika anda bercadang untuk mencuba MagicOS 9.0 versi beta ini, anda disyorkan membuat salinan sandaran lengkap peranti terlebih dahulu.

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Snapdragon 8 Elite Dilancarkan, Cip Terbaru Kuasakan Android Masa Depan
  • Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025

Sumber: HONOR

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY