Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor 400

Malaysia Jadi Negara Pertama Terima Siri HONOR 400 Dengan Kamera AI Baharu

Diterbitkan Mei 5, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR secara rasmi mengesahkan bahawa Malaysia akan menjadi pasaran global pertama menerima siri HONOR 400, telefon pintar kelas pertengahan yang hadir dengan teknologi Next-Gen AI Imaging.

Keputusan untuk melancarkan siri ini di Malaysia menunjukkan kepentingan pasaran tempatan dalam strategi global HONOR, khususnya di rantau Pasifik Selatan.

Siri HONOR 400 menjanjikan pengalaman fotografi mudah alih yang lebih pintar dengan peningkatan ketara pada keupayaan kamera berasaskan AI.

Teknologi ini direka untuk bantu pengguna menangkap gambar dengan warna, kejelasan dan perincian lebih baik serta memudahkan proses suntingan dan perkongsian visual.

Setakat ini, HONOR belum dedah sepenuhnya spesifikasi, namun mereka telah mengacah reka bentuk kamera belakang tiga lensa dengan kemasan warna grey yang tampil lebih elegan.

Selain pengimejan, siri ini juga dijangka bawa peningkatan pada bateri, skrin, dan fungsi AI.

Pelancaran rasmi dijadualkan pada 8 Mei 2025, di mana lebih banyak maklumat teknikal akan dikongsi. Untuk pengguna tempatan, ini peluang jadi antara yang pertama mencuba teknologi AI terkini dari HONOR.

Berkaitan

  • Magic Portal HONOR Magic7 Pro Kini Sokong Dua Aplikasi Popular Malaysia
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • HONOR Pad X9a LTE Rasmi – Harga RM1,299, Percuma 'Keyboard' & Pencil
  • HONOR 400 Lite Rasmi Di Malaysia, Ada Butang AI Khas Untuk Penggemar Fotografi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY