Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
honor 400

AI HONOR Hidupkan Gambar Statik Jadi Video Realistik

Diterbitkan Mei 15, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR kini tampil dengan satu lagi inovasi menarik dalam dunia telefon pintar menerusi model HONOR 400 yang hadir dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI) generasi baharu, hasil kerjasama dengan Google Cloud AI.

Paling menonjol ialah ciri AI Image to Video, yang membolehkan pengguna menukar gambar statik kepada video pendek hanya dengan beberapa sentuhan dan tanpa perlu aplikasi tambahan.

Fungsi ini bukan sekadar cantik dari segi visual, tetapi sarat dengan elemen emosi. Pengguna boleh hidupkan semula gambar lama, potret kenangan, malah hasil seni digital dan landskap kepada klip video selama 5 saat yang realistik dan menyentuh hati.

AI akan menambah pergerakan semula jadi seperti senyuman atau lambaian tangan, seolah-olah “menghidupkan kembali” individu dalam foto.

Selain itu, HONOR 400 turut dilengkapi beberapa ciri AI kreatif lain seperti:

AI Cutout Before
sebelum
AI Cutout After
selepas
AI Eraser 2.0 Before
sebelum
AI Eraser 2.0 After
selepas
  • AI Eraser 2.0: padam objek atau pantulan mengganggu dalam gambar.
  • AI Cutout: asingkan subjek daripada latar belakang untuk penyuntingan mudah.
  • AI Outpainting: luaskan saiz gambar secara automatik.
  • AI Upscale: tajamkan foto lama dan kabur.
  • Moving Photo Collage: hasilkan kolaj hidup dengan muzik dan efek.
  • Harcourt Studio 2.0: simulasi studio fotografi klasik untuk potret profesional.

Melalui pelbagai fungsi ini, HONOR menampilkan AI bukan sekadar sebagai gimik, tetapi alat sebenar untuk memperkasakan kreativiti pengguna, dari pencipta kandungan hingga ke pengguna biasa yang hanya mahu menyimpan kenangan dengan cara yang lebih bermakna.

HONOR 400 bakal dilancarkan di Malaysia pada 22 Mei 2025, menjadikan negara ini antara yang pertama menerima model baharu dengan keupayaan AI seumpamanya dalam industri mudah alih.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • HONOR 400 Lite Rasmi Di Malaysia, Ada Butang AI Khas Untuk Penggemar Fotografi
  • Gambar Kini Boleh Bergerak? HONOR Umum Ciri AI Baharu

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY