Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung galaxy_

CEO Qualcomm Sahkan Siri Galaxy S24 Akan Guna Dua Cip Berbeza

Diterbitkan November 3, 2023 · Dikemas kini November 3, 2023 oleh Amalina Athman

Awal tahun ini, siri Galaxy S23 telah dilancarkan dengan janaan cip eksklusif Snapdragon 8 Gen 2 “untuk Galaxy”. Tidak seperti tahun sebelumnya, Samsung tidak menawarkan varian Exynos untuk 2023.

Namun, Samsung nampaknya akan kembali menggunakan kedua-dua cip Snapdragon dan Exynos untuk peranti andalan pada 2024.

Berkaitan

  • Samsung S24 Ultra Mungkin Kekal Cip Snapdragon, Exynos 2400 Dilapor Ada Isu
  • Samsung Galaxy S24 Ultra Mungkin Hadir Dengan Skrin Rata

Minggu lalu, Samsung mendedahkan bahawa cip Snapdragon 8 Gen 3 akan digunakan pada Galaxy S24. Walau bagaimanapun, ia tidak menyebut cip Exynos 2400 dalam konteks yang sama.

Terbaharu, CEO Qualcomm Cristiano Amon secara tidak langsung mengesahkan perkara itu. Dalam persidangan laporan kewangan, Amon berkata,

Galaxy S24 will be released soon […] and Qualcomm has the majority market share.

Seperti dinyatakan sebelum ini, Galaxy S23 secara keseluruhan sudah sedia menggunakan cip Snapdragon, tetapi untuk S24, Amon hanya menyebutnya sebagai “majoriti”. Secara tidak langsung, ia bermakna akan terdapat varian lain untuk penggunaan cip, yang dijangka adalah cip Exynos 2400.

Pembahagian cip Snapdragon – Exynos untuk pasaran berbeza

Sekiranya benar Samsung akan kembali menggunakan cip Exynos-Snapdragon, kita mungkin bakal menyaksikan Galaxy S24 dan S24+ akan hadir dengan cip Exynos di pasaran global, manakala cip Snapdragon untuk pasaran Amerika Utara.

Sementara itu, Galaxy S24 Ultra dijangka akan dilengkapi cip Snapdragon merentasi semua pasaran global.

  • Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clk6f4b
  • Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clk6f4f

Sumber: SamMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY