Samsung Galaxy S24 Ultra Mungkin Hadir Dengan Skrin Rata

Pemberi maklumat terkenal, OnLeaks telah mendedahkan Samsung Galaxy S24 Ultra tidak lagi menggunakan rekaan skrin lengkung.

https://twitter.com/OnLeaks/status/1707768205928730936

Hal ini demikian kerana beliau mendakwa skrin paparan peranti tersebut mungkin tidak lagi mempunyai skrin lengkung.



**Sumber: Smartprix

Berdasarkan video di atas, Galaxy S24 Ultra mempunyai skrin rata dengan sedikit kehadiran lengkung di sisinya. Selain itu, di bahagian sisinya juga tampak lebih rata dan rekaan keseluruhannya lebih boxy seperti RedMagic 8S Pro.

https://twitter.com/OnLeaks/status/1708033448353341654

Di samping itu, bezelnya juga lebih nipis tetapi ia kelihatan tidak jauh beza dengan rekaan siri-siri Galaxy S sebelum ini.

https://twitter.com/OnLeaks/status/1708028989875335507

Selain S24 Ultra, model siri Galaxy S24 yang lain juga dilihat tidak mempunyai perbezaan yang ketara berbanding siri S23 yang terdahulu.

{suggest}

Siri Samsung Galaxy S24 akan diumumkan mungkin pada hujung tahun ini dan dilancarkan seawal sukup pertama tahun 2024 depan.

Beli Samsung Galaxy di Lazadahttps://invol.co/cljf11r





Beli Samsung Galaxy di Shopeehttps://invl.io/cljf124




Sumber: OnLeaks, Smartprix

Gambar utama: Smartprix