Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
S23 Ultra

Samsung S24 Ultra Mungkin Kekal Cip Snapdragon, Exynos 2400 Dilapor Ada Isu

Diterbitkan September 1, 2023 · Dikemas kini September 4, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang kurang enak bagi peminat-peminat Samsung di mana siri Galaxy S24 mungkin akan hadir dengan variasi cip Exynos – Exynos 2400.

Samsung S24 Ultra Mungkin Kekal Cip Snapdragon, Exynos 2400 Dilapor Ada Isu

Walau bagaimanapun, pemberi maklumat Revegnus menyatakan hal yang sebaliknya. Model S24 Ultra berkemungkinan akan kekal guna dan hanya guna cip pemprosesan Snapdragon sahaja.

Samsung Exynos Chip 5G VoNR

Tambahan lagi, seperti model-model dalam siri Galaxy sebelum ini, variasi Snapdragon ternyata lebih berkuasa berbanding Exynos.

Dan sudah tentu cip Snapdragon 8 Gen 3 akan menunjukkan kelebihan pemprosesannya berbanding Exynos 2400 dalam siri Galaxy S24 nanti.

Hal ini demikian kerana Sammobile mendakwa Exynos 2400 mempunyai banyak isu walaupun setelah Samsung mengoptimumkan cip tersebut.

Berkaitan

  • Ini Perbandingan Pakej 5G RAHMAH Paling Berbaloi
  • Harga Langganan PlayStation Plus Naik Hampir 50%
  • Lenovo Legion Go Rasmi - ROG Ally Yang Bertubuh Nintendo Switch
  • Individu Dipercayai Pengendali Akaun FB 'Flat Earth Malaysia' Ditangkap Polis Kerana Cenderung Menghasut
  • Ada 4 Saluran Baru Di Unifi TV, Tonton Percuma Untuk Masa Terhad

Beliau menyatakan Exynos 2400 mempunyai masalah dalam kelajuan GPU Xclipse 940 nya. Selain itu, Exynos 2400 menggunakan teknologi pemprosesan 4nm generasi kedua (4LPP).

Namun, kita tidak pasti sama ada teknologi tersebut mampu menandingi atau setara dengan teknologi pemprosesan 4nm TSMC (4NP) yang digunakan Snapdragon 8 Gen 3.

Beli Samsung Galaxy di Lazada – https://invol.co/cljf11r

Beli Samsung Galaxy di Shopee – https://invl.io/cljf124

Sumber: Android Authory, Sammobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY