Siri ASUS VivoBook Turut Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-11, Harga Bermula RM3,099

Selain barisan ZenBook 13/14, ASUS Malaysia juga turut memperkenalkan siri komputer riba ASUS VivoBook S15 dan VivoBook 14/15 untuk pasaran tempatan.

Siri VivoBook sememangnya popular dengan penawaran komputer riba mampu milik memfokuskan kepada rekaan moden dan berwarna warni.

ASUS VivoBook S15


ASUS VivoBook S15 merupakan komputer riba dengan rekaan tekstur besi pada keseluruhan kerangka. Ia hadir dengan skrin 15.6 inci Full HD IPS LCD.



Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan cip Intel i5-1135G7, grafik Intel Iris Xe, RAM 8GB  dan juga storan dalaman 512GB berasaskan PCIE SSD.

 Melalui I/O pula, VivoBook S menyertakan pembaca kad micro SD, 2 USB Type-A 2.0, HDMI, USB Type-A 3.2 Gen 1, USB-C Thunderbolt 4 dan 3.5mm.



Terdapat 4 pilihan warna yang ditawarkan iaitu  Indie Black, Gaia Green, Resolute Red dan Dreamy Silver.

Untuk harga pasaran, ASUS VivoBook S15 ditawarkan pada harga RM3,399.

ASUS VivoBook 14/15


ASUS VivoBook 14 dan VivoBook 15 sedikit berbeza dengan S15 kerana menawarkan grafik sehingga Nvidia GeForce MX350.



Dari segi spesifkasi lain, ia tidak jauh berbeza dengan cip cip Intel i5-1135G7, RAM 8GB dan juga storan dalaman 512GB berasaskan PCIE SSD.

Terdapat dua pilihan skrin iaitu 14 inci untuk VivoBook 14 dan juga 15.6 inci untuk VivoBook 15.

Pada VivoBook 14/15 pula tiada port Thunderbolt 4, namun pilihan I/O masih lagi baik dengna USB-A 3.2 Gen 1, USB-C 3.2 Gen 1, pembaca micro SD, USB-A 2.0, 3.5mm, dan HDMI.

Dari segi warna, terdapat 3 pilihan iaitu Hearty Gold, Transparent Silver dan Indie Black.



Ini merupakan senarai harga jualan untuk ASUS VivoBook 14/15:

ASUS VivoBook 14

  • ASUS VivoBook 14 (K413) - Intel Iris Xe / 14" - RM3099


ASUS VivoBook 15

  • ASUS VivoBook 14 (K513) - Intel Iris Xe / 15" - RM3099

  • ASUS VivoBook 14 (K413) - Nvidia MX350 / 15" - RM3299


Menurut pihak ASUS Menurut pihak ASUS Malaysia, kesemua model yang diperkenalkan ini akan mula ditawarkan untuk pasaran tempatan pada 20 November ini melalui Shopee dan juga laman rasmi ASUS Malaysia.

 

 

Berkaitan