Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Radeon™ RX 7900 XTX

Siri AMD Radeon RX 7000 – GPU Termaju Di Dunia Ketika Ini

Diterbitkan November 4, 2022 · Dikemas kini November 4, 2022 oleh ariff bukhari

AMD pada awal hari ini secara rasminya telah mengumumkan siri kad grafik (GPU) paling berkuasa mereka iaitu AMD Radeon™ RX 7900 XTX dan Radeon RX 7900 XT.

AMD menyatakan, GPU terbaru mereka yang direka dengan arkitektur AMD RDNA 3 serta kombinasi 5nm dan 6nm merupakan GPU termaju di dunia ketika ini.

Siri AMD Radeon RX 7900 mampu memberikan prestasi permainan 4K sehingga 1.7 kali ganda lebih tinggi daripada siri kad grafik flagship sebelumnya dan 54% lebih prestasi per watt berbanding arkitektur AMD RDNA 2.

AMD Radeon™ RX 7900 XTX 1

Berkaitan

  • AMD Umum GPU Siri Radeon RX 7000 Berasaskan RDNA 3
  • Kesan Pasaran PC Lemah, Pendapatan Suku Ketiga 2022 AMD Turun Lebih ~RM5 Bilion
  • AMD Respon Terhadap Laporan Isu Prestasi Siri Ryzen 7000

Siri GPU terbaru AMD ini juga menyokong paparan DisplayPort™ 2.1 yang mampu menyampaikan kadar bingkai ultra tinggi dan visual yang menakjubkan pada kadar segar semula 4K 480Hz dan 8K 165Hz.

AMD Radeon RX 7900 Series Product Specifications

AMD Radeon RX 7900 XTX dijual pada harga USD999 (~RM4,742) dan AMD Radeon RX 7900 XT dijual pada harga USD899 (~RM4,267).

AMD Radeon™ RX 7900

Siri kad grafik terbaru ini akan mula berada di pasaran pada 13 Disember 2022 menerusi pelbagai rakan kongsi AMD termasuklah ASRock, ASUS, Biostar, Gigabyte, MSI, PowerColor, Sapphire, Vastarmor, XFX dan Yeston.

Sumber: AMD, AMD 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY