Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Dapat Durian Runtuh – Jana Hampir RM30B Pada Suku Kedua 2022

Kesan Pasaran PC Lemah, Pendapatan Suku Ketiga 2022 AMD Turun Lebih ~RM5 Bilion

Diterbitkan Oktober 12, 2022 ยท Dikemas kini Oktober 12, 2022 oleh Firdaus

AMD telah mengumumkan prestasi pendapatan mereka untuk suku ketiga (Q3) telah menurun berbanding sebelumnya.

Berdasarkan laporan, pendapatan AMD telah menurun sebanyak USD1.1 bilion (~RM5.11 bilion) kepada USD5.6 bilion (~RM26.03 bilion ) berbanding USD6.7 bilion (~RM31.14 bilion) sebelum ini.

Kesan Pasaran PC Lemah, Pendapatan Suku Ketiga 2022 AMD Turun Lebih ~RM5 Bilion

Selain AMD, pesaingnya yang lain seperti Nvidia dan Intel turut mengalami nasib yang sama dengan hasil pendapatan mereka.

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada Penurunan Pendapatan AMD

Antara faktor yang membawa kepada penurunan pendapatan AMD ialah bilangan stok yang berlambak ketika permintaan berkurangan.

Oleh itu, stor-stor dan OEM terpaksa mengurangkan harga ASP (average selling price) bagi mengurangkan bilangan stok dalam simpanan mereka.

Justeru, ASP yang rendah telah membawa kepada penurunan margin kasar AMD untuk suku kedua ini.

Walaupun prestasi segmen pasaran pengguna untuk AMD lemah, tetapi kategori pusat data, gaming dan embedded segmen tetap memberikan prestasi seperti yang dijangkakan.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • AMD Dikatakan Dah Rancang Untuk Hasilkan Cip 2nm dan 3nm
  • Superkomputer Terpantas Dunia, Frontier Didakwa Hadapi Isu Kegagalan Sistem Setiap Hari

Pasaran Ekonomi Dunia Melemahkan Permintaan Pasaran

Pasaran pengguna PC berada dalam keadaan lemah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antaranya ialah inflasi dunia dan gangguan rantaian bekalan.

Ini menyebabkan pasaran PC dunia menjadi kurang ‘rancak’ berbanding sebelum ini. AMD juga mengumumkan lebih banyak lagi berkenaan isu penurunan ini pada 1 November depan.

Sumber: Tom’s Hardware

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY