Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
singapore ios 16.1

Singapura Minta Pengguna Cepat-Cepat Kemas Kini Ke iOS 16.1, Ini Sebabnya

Diterbitkan Oktober 26, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sebuah agensi di bawah kerajaan Singapura iaitu Singapore Computer Emergency Response Team (SingCERT) telah menasihatkan pengguna untuk menaik taraf ke versi iOS 16.1 dan iPadOS 16.1.

Katanya, kemas kini terbaru Apple akan menyelesaikan isu kerentanan CVE-2022-42827 yang berkait dengan pemprosesan data dalam iPhone dan iPad.

Apple juga mengakui mereka sedar kerentanan ini masih aktif dieksploitasi secara aktif.

Apple has released a security update to fix a zero-day vulnerability (CVE-2022-42827) in their products. The vulnerability is reportedly being actively exploited.

Isu kerentanan ini melibatkan:

  • iPhone 8 hingga terkini
  • iPad Pro (semua model)
  • iPad Air gen-3 hingga terkini
  • iPad gen-5 hingga terkini
  • iPad mini gen-5 hingga terkini

Kerentanan CVE-2022-42827 ini, jika digunakan penggodam, boleh menyebabkan aplikasi crash, kerosakan data (data corruption) dan kerosakan memori (memory corruption).

Berkaitan

  • VPN Pada iOS Sebenarnya 'Scam' Dan Apple Sendiri Tahu - Penyelidik
  • Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Kemas Kini Tersedia, Ini Sejumlah Ciri Baharu Dalam iOS 16.1
  • Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'iCloud Shared Photo Library' Pada iOS 16.1
  • Greg Joswiak Sahkan iPhone Akan Guna USB-C

Terma “zero-day” merujuk pada kerentanan keselamatan yang baru diketahui pembangun hanya selepas sesebuah sistem diserang.

Mudah cerita, setelah berlaku satu-satu isu, barulah pihak pembangun sedar ada kelemahan dalam sistemnya yang bolehkan serangan berlaku.

Justeru, “zero-day” membawa makna mereka tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikannya.

Ini adalah kerentanan zero-day ke-9 yang berlaku terhadap iOS dalam tahun 2022.

Sumber: SingCERT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY