Cara Paparkan Peratusan Bateri Pada 'Lock Screen' Di iOS 16

Sudahkah anda naik taraf ke iOS 16? Ia sudah dilepaskan pada jam 1 pagi tadi. Jika anda menggunakan iPhone 11 Pro dan siri iPhone 12 ke atas yang versi biasa dan Pro, anda sudah boleh tetapkan peratusan dalam ikon bateri.

Tapi Apple telah sahkan bahawa ciri ini tidak tersedia untuk iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini dan 13 mini.



Jangan risau, anda boleh gunakan widget untuk lihat peratus bateri tanpa perlu tarik Control Centre. Tapi, ia terhad di skrin kunci. Okeylah, sekurang-kurang membantu juga sikit.

Cara letak widget bateri di skrin kunci iOS 16


1. Pada skrin kunci, tekan pada mana-mana bahagian beberapa saat.

2. Tekan 'Customise'.

  • Jika ada keluar 'Add New', ini bermakna anda perlu cipta lagi satu lagi set wallpaper. Tekan saja Add New.




3. Tekan 'Add Widgets'.



4. Tekan 'Batteries'.



5. Pilih petak widget yang tunjukkan peratusan bateri.





6. Tekan pada petak widget yang baru ditambah ke skrin tadi. Nyahaktifkan 'Automatic'.



7. Pada 'Devices', pilih nama iPhone anda.



  • Ini bermakna widget itu hanya akan paparkan bateri iPhone anda.

  • Jika anda mahu paparkan bateri peranti Apple lain seperti Apple Watch, AirPods dan lain-lain, tambah saja satu lagi widget Batteries tadi dan pilih peranti anda mahu.

  • Jika anda mahu ubah posisi, hanya tekan lama-lama dan leretnya ke kiri atau kanan.


8. Tekan pangkah, pangkah dan tekan 'Done'.

9. Tekan 'Set as Wallpaper Pair' jika mahukan wallpaper dan skrin utama guna gambar yang sama. Jika mahu ubah gambar latar pada skrin utama, tekan 'Customise Home Screen'.



Selesai.

Diingatkan, widget Batteries ini hanya maksimum dua sahaja pada skrin kunci jika anda pilih saiz petak seperti di atas. Jadi, pilihlah mana-mana yang anda mahu.

Dengan ini, tiap kali anda hidupkan skrin, anda dapat terus tahu bateri iPhone anda dan juga peranti lain.