Antara perkara disahkan Google ialah dalam Android 13 kelak, setiap aplikasi perlu meminta kebenaran pengguna sebelum menghantar notifikasi.
Ini bermakna notifikasi anda tidak lagi semak dengan pemberitahuan remeh yang tidak bermanfaat kerana boleh menetapkannya sejak awal.
Sebagai contoh, jika anda baru sahaja memasang Instagram, jadi sebuah pop-up akan muncul meminta izin jika ia boleh menghantar notifikasi.

Ciri ini telah lama wujud di iOS namun ia satu perkara baik untuk pengguna platform Android kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah ke tetapan untuk mematikan notifikasi daripada aplikasi tertentu.
Versi Pembangun atau Developer ini telah dimulakan sejak Februari lalu dan dijangka Android 13 akan siap sepenuhnya untuk pengguna awam pada Julai kelak.
Bagi anda yang gemar mengikuti rapat perkembangan sesebuah sistem operasi sehingga menggunakan versi Beta, anda mungkin perlu menungggu sehingga April kerana versi Pembangun sangat tidak stabil untuk digunakan.

Selain itu, Google juga berkongsi tentang Bluetooh Low Energy (BLE) Audio yang akan membantu mendapatkan pengalaman lebih baik ketika menggunakan peranti audio.
BLE ini direka untuk transmisi audio high fidelity dengan menggunakan kuasa yang lebih rendah lantas menjimatkan bateri.
Sumber: Google
Baca juga:
- Pra-Tempah Sony Walkman Dibuka, Harga Kalah Y16
- Inilah Pencipta Logo Android, Wanita Dari Rusia Yang Tidak Dikenali Ramai
- Ini Senarai Peranti Samsung Yang Akan Terima Kemas Kini Android Sehingga 5 Tahun
Berkaitan
- Selalu Habis Stok Mungkin Penyebab Permintaan iPhone 13 Menurun
- Nothing Phone (1) Kini Boleh Dinaik Taraf Ke Android 13 Secara Rasmi
- Perbandingan Gambar - Xiaomi 12S Ultra, Galaxy S22 Ultra Dan iPhone 13 Pro
- Ini Kaedah Letak Password Manager Google Pada 'Home Screen' Android
- PureView 9 Tak Terima Android 11, Nokia Bagi Diskaun 50% Untuk Pemilik Beli Model Baru
- Selalu 'Typo'? Ciri Suntingan Mesej Di WhatsApp Sedang Diuji Pada Android
- Permainan Pada Peranti Android 13 Dikatakan Akan Lancar Lebih Pantas
- Apple Kena Kurangkan Penghasilan iPhone 13 Sebanyak 10 Juta Unit
- Kalau Apple Letak 9 Ciri Android Ini Pada iPhone 15, 'Confirm' Ramai Berhijrah Ke iOS
- MIUI 13 Sedang Diuji Pada Beberapa Model, Mungkin Ini Peranti Yang Sokong