Kemas Kini iPadOS, iOS 15.6 watchOS 8.7, macOS Dilepaskan, Ini Isu Yang Diselesaikan

Apple telah mengagihkan kemas kini iOS 15.6, iPadOS 15.6, watchOS, tvOS, Big Sur, Monterey, Catalina beberapa jam lalu. Berikut antara penambahan dan penambahbaikan dibawakan kali ini.

iOS15.6


Beberapa pihak percayai iOS dan iPadOS 15.6 ini mungkin versi terakhir dilepaskan sebelum iOS 16.

  • Aplikasi TV menambah pilihan untuk 'restart' siaran langsung sukan yang sedang berjalan serta pengguna boleh 'pause', 'fast-forward'

  • Selesaikan masalah Tetapan yang memberitahu storan penuh walaupun tidak

  • Selesaikan isu yang buatkan peranti braille yang jadi perlahan, tidak beri respons semasa menggunakan Mail

  • Selesai masalah dalam Safari yang mana tab berpatah balik ke halaman sebelumnya


iPadOS 15.6


Peranti yang menyokong iPadOS 15 ialah iPad Pro (semua model), iPad Air 2 dan selepasnya, iPad generasi ke-5 dan selepasnya, iPad mini 4 dan selepasnya serta iPod touch generasi ke-7.

  • Aplikasi TV menambah pilihan untuk 'restart' siaran langsung sukan yang sedang berjalan serta pengguna boleh 'pause', 'fast-forward'

  • Selesaikan masalah Tetapan yang memberitahu storan penuh walaupun tidak

  • Selesaikan isu yang buatkan peranti braille yang jadi perlahan, tidak beri respons semasa menggunakan Mail

  • Selesai masalah dalam Safari yang mana tab berpatah balik ke halaman sebelumnya

  • Selesaikan masalah iPad mini (generasi ke-6) yang tidak mengesan pengecas atau aksesori USB-C


watchOS 8.7


Tiada ada apa-apa isu besar disenaraikan Apple sebaliknya hanya penambahbaikan, penyeselaian pepijat dan keselematan seperti biasa.

macOS Monterey 12.5



  • Aplikasi TV menambah pilihan untuk 'restart' siaran langsung sukan yang sedang berjalan serta pengguna boleh 'pause', 'fast-forward'

  • Selesai isu dalam Safari yang mana tab berpatah balik ke halaman sebelumnya


macOS Big Sur 11.6.8


Antara yang disentuh dalam kemas kini untuk Big Sur kali ini ialah APFS, AppleMobileFileIntegrity, AppleScript, audio, kalendar, CoreText, FaceTime, ImageIO, libxml2, Spotlight, Wi-Fi tetapi banyak lagi bahagian perisian dalaman yang diperbetul.

Anda boleh baca senarai penuhnya di sini.

macOS Catalina k(emas kini keselamatan 022-005 )


Kemas kini untuk macOS Catalina hanyalah kemas kini keselamatan.

Antara yang diperbaik ialah APFS, AppleMobileFileIntegrity, AppleScript, audio, kalendar, CoreText, FaceTime, ImageIO, libxml2, SMB, Intel Graphics Driver, Spotlight, Wi-Fi dan banyak lagi.

Baca di sini untuk senarai penuh.

tvOS 15.6


Kemas kini untuk sistem operasi TV Apple ini hanya dimaklumkan Apple membawakan penambahbaikan prestasi, seperti setiap kemas kini.

Seperti biasa, mungkin ada pengguna yang tidak mendapat semua ciri-ciri baharu disenaraikan kerana batasan rantau.

Sumber: Apple