Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
asean kod qr

Malaysia-Singapura: DuitNow QR Dan NETS Boleh Dipakai Pengguna Kedua-Dua Negara

Diterbitkan Mac 31, 2023 · Dikemas kini Mac 31, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Rentas sempadan, kini rakyat Malaysia dan Singapura boleh menggunakan kod QR DuitNow (Malaysia) dan NETS (Singapura) untuk membuat pembayaran di kedai.

Pembayaran rentas sempadan ini memudahkan pengguna kerana pengguna Malaysia kini boleh mengimbas kod QR NETS di Singapura melalui aplikasi bank tempatan untuk pembayaran.

asean kod qr

Sama juga dengan pengguna dari Singapura yang boleh imbas kod QR DuitNow menggunakan aplikasi perbankan dari Singapura.

Namun, ia masih terhad untuk pembayaran pelanggan pada pekedai. Bagi pemindahan dana individu ke individu pula berkemungkinan tersedia hujung 2023.

nets qr

Institusi dari Malaysia yang menyertainya ialah AmBank Malaysia Berhad, Boost, CIMB Bank Berhad, Hong Leong Bank Berhad, Malayan Banking Berhad, Public Bank Berhad, Razer Merchant Services Sdn. Bhd., TNG Digital Sdn. Bhd. dan United Overseas Bank Malaysia Berhad.

nets qr singapore

Institusi kewangan Singapura yang mengambil bahagian ialah DBS Bank, OCBC Bank dan UOB, setakat 31 Mac 2023.

Tidak berhenti setakat itu, kedua-dua bank pusat Malaysia dan Singapura itu merancang untuk membolehkan pemindahan dana dan kiriman wang secara rentas sempadan pula selepas ini.

Berkaitan

  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Shopee Tawar Khidmat Pinjaman Wang, SLoan - Ketahui Perkara Ini Terlebih Dahulu
  • BNM: Kaji Dengan Teliti Terma Dan Syarat Sebelum Mohon SLoan
  • Wise Kini Hadir Dengan Fungsi Pindah Wang Ke Touch n Go eWallet
  • Setel Kini Sokong DuitNow QR, Boleh Guna Untuk Pembayaran Di Kedai

DuitNow QR dan NETS QR ialah platform yang berkongsi peranan yang sama iaitu membolehkan pembayaran melibatkan akaun bank/e-dompet yang berbeza dalam dilakukan melalui satu kod QR.

Dijangka siap pada akhir tahun ini, pengguna kelak boleh membuat pemindahan dana dalam masa nyata antara Malaysia dengan Singapura hanya menerusi nombor telefon mudah alih penerima melalui DuitNow dan PayNow.

Sumber: BNM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY