Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
install app progress crop

Android 12 Hadir Dengan Ciri Baharu Seperti Yang Telah Ada Pada iOS

Diterbitkan Februari 17, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sering kali golongan fanatik iOS dan Android bertelagah menuduh pesaing mereka mencuri fungsi yang telah lama ada di platform mereka. Ditambah pula dengan perbezaan harga peranti dan aksesori yang disertakan, pertelingkahan ini tidak pernah berhenti.

Terbaharu, pengguna Android 12 Beta 1 berkongsi sebuah ciri di sistem operasi mereka iaitu kehadiran penanda muat turun apabila sesebuah aplikasi dipasang. Selama ini, penunjuk dengan peratus muat turun hanya terpapar di Google Play Store sahaja.

install app progress crop

Ciri ini telah lama hadir di iOS namun tidak pernah wujud di Android. Sebelum ini, aplikasi tidak akan terpapar selagi mana ia tidak dipasang sepenuhnya namun kini seperti iOS, ikon akan muncul bersama penanda sejurus selepas pengguna memilih untuk memasangnya.

progress app ios

Dengan ini, pengguna boleh melihat proses aplikasi yang dipasang secara langsung. Namun, penanda ini hanya hadir jika pengguna mengaktifkan pilihan “Add new apps to home screen”.

Tidak dapat dipastikan apakah ia ciri daripada Android 12 sendiri, Pixel Launcher ataupun Google Play Store namun ciri ini hadir dalam Google Play Store versi 25.3.17-21.

Sumber: XDA

Baca juga:

  • Guna Pocophone F1 Hampir 4 Tahun – Makin Syok Dengan Android 12
  • Android 12 Terima Kemas Kini Baru Bagi Menampal Kecacatan Kritikal
  • Google Chrome Tawar Widget Baru Untuk Peranti Android 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY