Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Kemas Kini iOS 15.3 Sekarang Kerana Apple Telah Selesaikan Masalah Kecurian Data Di “Browser”

Posted on Januari 27, 2022Januari 27, 2022

Apple telah menyediakan kemas kini iOS 15.3 sejak beberapa jam lalu untuk kesemua iPhone yang sedang menjalankan iOS 15. Tiada perubahan besar secara kasar namun membawa penyelesaian untuk beberapa isu keselamatan.

Antara isu paling penting diselesaikan dalam kemas kini ini ialah berkaitan keselamatan pada pelayar (browser)di  peranti Apple seperti Mac, iPhone dan iPad. Kerentanan keselamatan ini membimbangkan kerana data peribadi termasuk GoogleID pengguna terdedah untuk ‘dicuri’.

Sepuluh hari lalu, FingerprintJS telah melaporkan kerentanan ini mengakibatkan data pengguna dapat diakses oleh mana-mana laman web yang dibuka. Lebih teruk lagi, ia bukan saja memberi kesan pada pelayar Safari tetapi juga kesemua pelayar seperti Chrome, Firefox dan lain-lain kerana polisi IndexedDB yang digunakan Apple.

Apple nampaknya mengambil masa yang tidak lama untuk menyelesaikan masalah ini. Bagi pengguna iPhone, anda boleh mula mengemas kini mulai sekarang melalui Tetapan atau Settings. Selain itu, iPadOS 15.3 juga turut sama tersedia untuk pengguna iPad.

Baca juga:

  • Semua “Browser” Pada iOS Dan iPadOS 15 Didakwa Bocorkan Data Pengguna Termasuk Akaun Google
  • Pesaing iOS Dan Android? India Mahu Bangunkan Sistem Operasi Sendiri
  • Anak John Lennon Lelong Barang The Beatles Dan John Lennon Dalam Bentuk NFT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress