Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kad Elektronik Mudahkan Pengunjung Asing Ke Singapura

Singapura Akan Labur ~RM3.52 Bilion Untuk Penyelidikan Awam AI

Diterbitkan Januari 26, 2026 oleh ariff bukhari

Singapura akan melabur lebih S$1 bilion (~RM3.52 bilion) dalam penyelidikan awam berkaitan kecerdasan buatan (AI) sehingga tahun 2030 bagi memperkukuh keupayaan negara itu dan meningkatkan daya saing global, menurut kenyataan kerajaan pada Sabtu.

Dana tersebut akan membolehkan Singapura menubuhkan pusat penyelidikan bertaraf dunia, membina keupayaan bagi menyokong aplikasi industri AI, serta membangunkan bakat melalui kerjasama dengan penyelidik dan institusi luar negara.

Inisiatif itu diumumkan oleh Menteri Pembangunan Digital dan Maklumat, Josephine Teo, semasa majlis makan malam gala Minggu Penyelidikan AI pada Sabtu malam, dan merupakan pelaburan terbaharu kerajaan dalam bidang AI.

Pusat penyelidikan berkenaan akan memberi tumpuan kepada “persoalan jangka panjang dan mencabar” yang mampu memberi manfaat kepada negara, kata Teo.

“Kami menjangkakan mereka bekerjasama secara aktif dengan ekosistem tempatan dan antarabangsa. Kami juga mahu penemuan penyelidikan dikongsi secara terbuka untuk menyumbang kepada khazanah pengetahuan global,” tambahnya.

Singapura yang kecil semakin memanfaatkan teknologi bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dan cabaran lain, memandangkan kekurangan sumber asli berbanding negara jiran yang lebih besar.

“Penyelidikan menjadi pemacu utama usaha AI negara, memperkukuh keupayaan teknikal mendalam dan memastikan Singapura kekal di barisan hadapan inovasi AI,” menurut kenyataan kementerian.

– AFP.

Berkaitan

  • Minat Terhadap EV Di Singapura Didapati Semakin Menurun
  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Tajaan Penuh, Golongan B40 Kini Berpeluang Ikuti Kursus Kemahiran Pengkomputeran Awan Dan AI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY