Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
From left_ Chan Kee Siak, founder and CEO of Exabytes Group, Pete Murray, Country General Manager, AWS Malaysia; Howie Chang, Co-founder & CEO, Forward School

Tajaan Penuh, Golongan B40 Kini Berpeluang Ikuti Kursus Kemahiran Pengkomputeran Awan Dan AI

Diterbitkan Januari 22, 2026 · Dikemas kini Januari 23, 2026 oleh ariff bukhari

Amazon Web Services (AWS) dan Exabytes melancarkan inisiatif bernilai RM4.3 juta untuk melatih rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40, dalam kemahiran pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan.

Di bawah perjanjian ini, AWS akan menyalurkan kira-kira RM4.3 juta kepada Exabytes bagi tempoh dua tahun (2026–2028), berdasarkan pencapaian hasil seperti kelulusan pelajar, pensijilan AWS dan penempatan pekerjaan.

Program ini merangkumi dua laluan latihan utama.

Laluan pertama ialah NitroDegree dalam Kejuruteraan Perisian Gunaan dengan tajaan penuh bagi belia B40 berusia 18–30 tahun dengan SPM atau setaraf untuk program dua tahun bersama Forward College.

Ia meliputi pembangunan perisian menyeluruh, keselamatan, pembelajaran mesin, UI/UX, Android, keusahawanan perisian serta asas pengkomputeran awan AWS.

Graduan akan menjalani latihan industri tiga bulan dan diberi keutamaan penempatan kerja di Exabytes atau rakan kongsinya, selain memperoleh Diploma Tahap 4 JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

Laluan kedua ialah AWS re/Start, kursus intensif 12 minggu untuk individu menganggur, separa menganggur atau ingin beralih kerjaya tanpa latar belakang IT berumur 18 tahun dan ke atas.

Peserta akan dilatih bagi peranan awan peringkat permulaan hingga pertengahan, disokong pensijilan AWS, bimbingan kerjaya dan peluang pekerjaan melalui rangkaian Exabytes dan Forward College.

Inisiatif ini susulan pelaburan AWS bernilai AS$6.2 bilion untuk membangunkan Wilayah AWS Asia Pasifik (Malaysia), yang diumumkan pada tahun 2024, yang dijangka mewujudkan beribu-ribu pekerjaan berkemahiran tinggi dan mengembangkan permintaan untuk profesional awan bertauliah di seluruh negara.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Apple Dilapor Sedang Bangunkan Pin AI Bersaiz AirTag
  • Penguna Bakal Boleh Cipta Versi AI Sendiri Di YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY