Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Signify Pecut Transformasi Tenaga Malaysia Dengan Lampu Pintar

Signify Pecut Transformasi Tenaga Malaysia Dengan Lampu Pintar

Diterbitkan Julai 22, 2025 oleh Amsyar Latif

Dengan pencahayaan menyumbang sehingga 20% penggunaan tenaga di bangunan komersial, Signify Malaysia kini tampil mempercepatkan transformasi hijau negara menerusi teknologi lampu pintar berasaskan IoT dan tenaga boleh baharu.

Syarikat itu menyokong penuh hala tuju kerajaan melalui NETR dan Akta Kecekapan Tenaga (EECA) 2024, yang bakal memperkenalkan standard prestasi minimum, audit tenaga, dan pelabelan produk cekap tenaga.

Presiden Signify Malaysia, Sukanto Aich, berkata bahawa pencahayaan pintar perlu menjadi “pilihan jelas, bukan sekadar pilihan hijau”, iaitu mampu milik, mudah akses dan berimpak tinggi. Signify kini aktif bekerjasama dengan majlis tempatan, pemaju hartanah dan industri untuk memodenkan pencahayaan di bandar, bangunan dan kediaman.

Signify turut mengumumkan sasaran Net Zero menjelang 2024 dan pengurangan pelepasan karbon rantaian nilai sebanyak 50% menjelang 2030, sejajar dengan piawaian global.

Dalam acara Signify Innovation Day 2025, mereka mempamerkan pelbagai penyelesaian pencahayaan pintar yang bukan sahaja jimat tenaga tetapi juga menyokong pelaksanaan bangunan hijau dan infrastruktur masa depan Malaysia.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY