Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ShopeeVIP Tawar Penghantaran Percuma, Diskaun Harian 20% – RM6.99/Bulan, Percuma 1 Bulan

ShopeeVIP Tawar Penghantaran Percuma, Diskaun Harian 20% – RM6.99/Bulan, Percuma 1 Bulan

Diterbitkan Oktober 27, 2025 · Dikemas kini Oktober 27, 2025 oleh Amalina Athman

Shopee kini memperkenalkan ShopeeVIP, pelan langganan baharu yang menawarkan lebih banyak penjimatan dan faedah eksklusif kepada pengguna.

Dengan langganan RM6.99/bulan, ahli ShopeeVIP boleh menikmati baucar diskaun harian 20% tanpa perbelanjaan minimum dengan had sehingga RM3, serta baucar 20% bagi pembelian minimum RM30 dengan had RM10. Setiap baucar ini boleh digunakan sebanyak dua kali setiap hari.

ShopeeVIP Tawar Penghantaran Percuma, Diskaun Harian 20% – RM6.99/Bulan, Percuma 1 Bulan

Pengguna juga akan menerima baucar penghantaran percuma tanpa had perbelanjaan minimum sehingga 99 kali dalam tempoh sebulan.

ShopeeVIP faedah

Selain itu, ShopeeVIP turut menawarkan pelbagai baucar tambahan termasuk baucar ShopeeFood, diskaun RM40 melalui SPayLater, serta keutamaan dalam khidmat pelanggan.

Namun begitu, Shopee memaklumkan bahawa faedah, harga dan pelan ShopeeVIP mungkin berbeza bergantung pada tempoh promosi.

Cara langganan ShopeeVIP

Pengguna boleh mencuba ShopeeVIP secara percuma selama sebulan dan langganan akan diperbaharui secara automatik pada kadar RM6.99 setiap bulan melalui pembayaran automatik ShopeePay. Untuk langganan, ikut langkah di bawah:

  1. Pergi ke halaman “Me” dan klik ikon “VIP”. Sebagai alternatif, pengguna juga boleh tatal ke bahagian “More Activities” dan pilih “ShopeeVIP”.
  2. Klik “Try Free for 1 month” dah sahkan langganan.

ShopeeVIP langgan

Setelah langganan berjaya diaktifkan, pengguna akan menerima pemberitahuan (push notification) di telefon. Baucar ShopeeVIP akan ditambah secara automatik ke dalam Voucher Wallet dalam tempoh 24 jam selepas pembelian pertama.

Langganan ini boleh dibatalkan pada bila-bila masa dengan pergi ke halaman Me > ShopeeVIP > Batalkan Langganan > Sahkan.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY