Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shopee

Shopee Indonesia Buang 3% Pekerja, Malaysia Juga Dipercayai Terkesan

Diterbitkan September 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tiga bulan lepas, kami telah berkongsi laporan bahawa Sea (syarikat induk Shopee) telah memaklumkan mereka akan membuang pekerja di beberapa negara Asia Tenggara.

Ia terdiri daripada mereka di bawah cabang ShopeePay dan ShopeeFood. Klik SINI untuk berita penuh.

Dua minggu lalu, Sea dilaporkan sedia untuk memecat 3% pekerja Shopee cawangan Indonesia dalam usaha menjaga kewangan mereka dan memenangi hati pelabur.

Di susur masa Twitter hari ini, dipercayai kakitangan syarikat e-dagang di Malaysia telah diberitahu dalam sesi townhall yang syarikat mengambil langkah memecat sebahagian daripada mereka.

Berkaitan

  • Dijual Di Shopee Serendah RM1, Ini Kebenaran Tentang 'Sticker Boleh Tarik Line'
  • Shopee Akan Buang Pekerja Asia Tenggara
  • Lagi Helah ShopeePay Dibongkar, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Shopee Kini Tetapkan Cara Baharu Untuk Tebus Baucar
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Guna Cara Ini Untuk Tahu Serta-Merta Bila Kad TNG NFC 'Ready Stock' Di Lazada

Laporan mengatakan pemecatan pekerja Shopee di Asia Tenggara turut melibatkan bahagian pemasaran.

Shopee merupakan salah satu perniagaan utama Sea selain permainan Free Fire. Dalam tahun 2021, Shopee mempunyai lebih daripada 67,000 kakitangan.

Selain Malaysia dan Indonesia, negara-negara lain juga turut terkesan dengan pemecatan kakitangan ini.

Terdahulu, Shopee telah keluar daripada India kurang daripada 6 bulan beroperasi di sana. Dalam bulan yang sama juga, mereka juga telah keluar daripada Perancis.

Gambar utama: Reuters

Sumber: Bloomberg, , ,

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY