Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Shopback Pay_

ShopBack Pay Tidak Lagi Tersedia Di Malaysia Mulai 25 Mac 2026

Diterbitkan Mac 3, 2026 · Dikemas kini Mac 3, 2026 oleh Amalina Athman

ShopBack Pay tidak lagi akan tersedia sebagai pilihan pembayaran di Malaysia, bermula 25 Mac 2026.

Selepas tarikh tersebut, pilihan pembayaran ini tidak lagi akan muncul dalam aplikasi ShopBack dan sebarang percubaan untuk mengimbas kod QR ShopBack Pay tidak akan berjaya.

Selain itu, pembelian menggunakan ShopBack Pay pada atau selepas 2 Mac 2026 tidak lagi akan memberikan ‘Return Cashback’ baharu. Namun, sebarang Return Cashback yang masih menunggu pengesahan daripada pembelian ShopBack Pay sebelum 2 Mac 2026 masih boleh dikreditkan seperti biasa.

Bagi pengguna yang tidak sempat kembali ke kedai fizikal, pengesahan boleh dibuat melalui pembelian dalam talian yang layak sebelum 25 Mac 2026.

Sementara itu, semua perkhidmatan ShopBack lain masih beroperasi seperti biasa. Pengguna masih boleh memperoleh pulangan tunai bagi pembelian dalam talian, dan akaun serta baki pulangan tunai sedia ada tidak terjejas, termasuk yang masih menunggu pengesahan atau sebarang pengeluaran.

Menurut ShopBack, perubahan ini dibuat selepas penilaian semula portfolio produknya bagi menumpukan pelaburan pada bahagian platform yang memberi manfaat paling besar kepada pelanggan dan rakan kongsi di Malaysia. Sebelum ini, ShopBack juga telah menamatkan perkhidmatan ShopBack PayLater pada Oktober 2024.

Berkaitan

  • Perkhidmatan ShopBack PayLater Kini Ditamatkan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • TikTok Shop Perkenal Bayaran Sokongan Platform - RM0.50 Setiap Pesanan Berjaya, Berkuat Kuasa 15 Februari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY