Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Setel Perkenal Ciri Pembayaran Bil Dalam Aplikasi

Posted on Mei 18, 2026Mei 18, 2026

Setel kini memperkenalkan ciri Pembayaran Bil yang membolehkan pengguna membuat pembayaran secara terus melalui platform tersebut.

Antaranya termasuk pembayaran bil utiliti seperti air, telekomunikasi serta perkhidmatan jalur lebar yang boleh dilakukan dalam satu platform. Sebagai permulaan, Setel menyokong integrasi dengan 25 penyedia bil termasuk Astro, CelcomDigi, Telekom Malaysia (TM), Air Selangor dan Indah Water.

Melalui kemudahan ini, pengguna boleh menguruskan komitmen bulanan dengan lebih pantas dan teratur, selain lebih banyak penyedia bil akan ditambah dari semasa ke semasa.

Setel sebelum ini lebih dikenali sebagai aplikasi untuk pengisian minyak, namun kini terus berkembang menjadi platform harian yang lebih menyeluruh. Selain urusan di stesen minyak, aplikasi ini turut merangkumi pelbagai keperluan harian lain yang boleh diuruskan dalam satu ekosistem digital.

Cara bayar bil melalui aplikasi Setel

Untuk membuat pembayaran bil melalui aplikasi Setel, pengguna hanya perlu buka aplikasi Setel, pergi ke bahagian “Bills Payment”, pilih kategori bil dan penyedia bil, masukkan nombor akaun serta jumlah pembayaran.

Kemudian, semak butiran sebelum mengesahkan transaksi. Pembayaran boleh diselesaikan menggunakan kaedah pembayaran pilihan dan pengguna akan menerima pengesahan selepas transaksi berjaya.

Sempena pelancaran, Setel turut menawarkan promosi pulangan tunai sebanyak 10% untuk transaksi pembayaran bil, tertakluk kepada had maksimum RM10 sebulan. Promosi ini berlangsung dari 18 Mei hingga 18 Julai 2026 sebagai insentif tambahan kepada pengguna yang menggunakan ciri tersebut. 

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh log masuk ke aplikasi Setel atau layari laman rasmi di www.setel.com.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress