Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei leica

Google Khabarnya Akan Guna Teknologi Huawei Dalam Android 13

Diterbitkan Mei 26, 2022 oleh ariff bukhari

Ura-ura terbaru mendakwa Google akan menggunakan pelancar sistem fail untuk sistem operasi Android 13 yang dibangunkan oleh Huawei.

Sistem yang dikenali sebagai Enhanced Read-Only File System (EROFS) itu asalnya dibangunkan oleh jurutera bernama Xiang Gao ketika beliau bekerja di Huawei.

EROFS dikatakan sistem yang akan dapat menawarkan kepantasan dan penjimatan ruang storan berbanding sistem fail Android yang digunakan ketika ini.

EROFS dibangunkan Huawei dan ia kini adalah salah satu elemen penting Linux yang merupakan asas utama kepada sistem Android.

Sungguhpun Huawei disenarai hitam oleh Amerika Syarikat sehingga kini, tetapi EROFS masih kekal berada di dalam telefon pintar Android.

Dan kini, Google merancang mahu menjadikan EROFS sebagai sistem fail lalai (default) bagi teras sistem operasi Android.

Sumber: Esper, Android Authority

Baca juga:

  • Ini Punca Kekurangan Cip Global, Mungkin Berterusan Hingga 2023
  • Sebab Kekurangan Cip, Toyota Kurangkan Pengeluaran Sebanyak 100,000 Unit
  • Ketahui Maksud Di Sebalik Abjad Yang Ada Pada Cip Intel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY