Bermula Android 13, Telefon Mungkin Sokong Dua Sim Untuk eSIM

Tahukah anda kad 'SIM' ialah singkatan pada Subscriber Identity Module? Daripada saiz penuh ke nano, kita kini sudah mencapai tahap di mana sim fizikal sendiri sudah tidak wujud hasil teknologi eSIM atau embedded SIM.

Walaupun ia masih tidak digunakan secara meluas, namun kita tahu tidak mustahil dalam masa 10 tahun, ia mungkin jadi piawaian kesemua pengeluar telefon. Namun, kekangan eSIM adalah ia hanya menyokong satu sim.


Bermula Android 13, laporan mengatakan Google mungkin mengimplimentasikan multiple enabled profiles (MEP) di mana ia membenarkan dua rangkaian dalam satu eSIM. Google telah dianugerahkan paten ini pada pertengahan 2020.



Menariknya, perkara ini dapat dilaksanakan pada tahap perisian. Dengan ini, tanpa sim fizikal sekalipun, dua nombor anda dapat digunakan pada telefon yang sama.

Setakat ini, pengguna yang ingin menggunakan dua sim seperti iPhone, mereka perlu menggunakan satu sim fizikal dan satu eSIM.

Selain itu, Google juga dikatakan telah menyeru sistem operasi lain seperti iOS, macOS dan Windows untuk paten ini namun tidak dipastikan apakah Google akan membenarkan mereka menggunakannya secara percuma atau perlesenan.

Sumber: Mishaal Rahman

Baca juga: