Serangan Masjid Christchurch - PM Australia Mahu Platform Media Sosial Lebih Bertanggungjawab

Beberapa hari yang lalu, dunia telah digemparkan dengan serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand yang telah mengorbankan 50 nyawa.

Penyerang, Brenton Harrison Tarrant telah menyiarkan rakaman siaran langsung serangan tersebut di akaun Facebooknya ketika itu. Video tersebut telah ditonton oleh jutaan pengguna dan dikongsikan oleh ramai pihak.

Berikutan perkara itu, PM Australia, Scott Morrison mahu fungsi siaran langsung bagi platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan sebagainya dihentikan seketika.

Kapsyen: PM Australia/BBC


Beliau berpendapat bahawa ini merupakan salah satu cara untuk menjadikan mereka lebih bertanggungjawab. Ia kerana ini bukanlah kes pertama melibatkan kes jenayah yang telah distrim secara langsung di media sosial.

Semasa kes itu berlaku, Facebook mendakwa mereka telah membawa keluar 1.5 juta salinan video serangan berkenaan, manakala 1.2 juta lagi disekat ketika sedang dimuat-naik.

Baru-baru ini, seorang remaja New Zealand berusia 18 tahun ditahan polis atas tuduhan berkongsi video dan gambar serangan berkenaan. Jika disabit bersalah, beliau mungkin akan dipenjara sehingga 14 tahun(Daily Mail).

Dikesempatan ini, kami dipihak Wiser ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terlibat.

 

Sumber: BBC News   Daily Mail UK