Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Telur Ayam Muncul Gambar Paling Banyak “Like” Di Instagram

Posted on Januari 15, 2019

Populariti sesebuah akaun Instagram bukan sahaja dinilai melalui jumlah pengikutnya, tapi juga melalui penerimaan tanda suka atau “like” pada gambar yang dikirimkan.

Atas alasan itu, sebuah akaun yang “dimiliki” sebiji telur ayam mungkin merupakan akaun paling popular ketika ini. Mana tidaknya, ia menerima lebih 36 juta kali tanda suka pada kiriman pertamanya(ketika artikel ditulis).

 

View this post on Instagram

 

Let’s set a world record together and get the most liked post on Instagram. Beating the current world record held by Kylie Jenner (18 million)! We got this ? #LikeTheEgg #EggSoldiers #EggGang

A post shared by EGG GANG ? (@world_record_egg) on Jan 4, 2019 at 9:05am PST

Ia sekaligus menjadikan gambar tersebut sebagai gambar paling banyak menerima tanda suka di dunia ketika ini.

Status berkenaan sebelum ini dipegang oleh bintang Hollywood, Kylie Jenner ketika beliau mengirimkan foto pertama milik anaknya. Gambar itu telah menerima lebih daripada 18 juta tanda suka.

 

View this post on Instagram

 

stormi webster ??

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on Feb 6, 2018 at 1:14pm PST

Walaupun pemilik sebenar akaun world_record_egg itu masih belum diketahui, telah muncul beberapa akaun palsu yang cuba menumpang populariti akaun ini antaranya ialah world.record.egg.official dan world_record_eqq.

 

Sumber: The Verge   world_record_egg   kyliejenner

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress