Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
log masuk Facebook

Dating – Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder

Diterbitkan Mei 2, 2018 oleh Haikel Areff

Menurut data yang diperolehi daripada Worldometers, populasi dunia kini sudah hampir mencecah seramai 8 bilion orang yang mana sekitar 40 % daripada orang dewasa (18 tahun ke atas) adalah bujang atau belum berkahwin. Atas sebab itu, beberapa usaha untuk membantu golongan ini menjumpai jodoh telah dilakukan di peringkat global termasuk mencipta laman sesawang atau aplikasi mencari jodoh secara atas talian. Antara aplikasi yang popular ialah Tinder dan OKCupid.

Dating – Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder

Berikutan dengan itu pada 1 Mei yang lalu, dalam persidangan pembangun-pembangun Facebook(F8) pemilik Facebook, Mark Zuckerberg telah mengumumkan inisiatif baru dari pihak mereka untuk membantu penggunanya mencari pasangan hidup. Inisiatif yang digelar ‘Dating’ itu akan disiap sediakan untuk aplikasi mudah alih mereka dalam kemaskini terbaru pada masa terdekat.

Ciri terbaru Facebook ini akan membolehkan mereka menembusi pasaran yang sedikit berbeza dengan apa yang sudah mereka ceburi kini. Secara tidak langsung, Facebook akan menjadi pesaing kepada aplikasi mencari jodoh sedia ada seperti Tinder dan OKCupid yang dibangunkan oleh Match Group. Ini sudah dibuktikan apabila saham syarikat Match Group menjunam sehingga 17 % selepas pengumuman ini dibuat.

Screen Shot 2018-05-02 at 16.50.45

Pengguna ciri ini boleh mengasingkan profil Dating mereka dengan akaun Facebook maka rakan-rakan di Facebook tidak akan mengetahui tindak-tanduk anda semasa menggunakan ciri Dating. Menurut Facebook, mereka hanya akan menyiarkan profil golongan yang masih belum berkahwin(menurut status pada akaun Facebook pengguna) supaya carian dapat dilakukan dengan lebih efisyen.

Sejauh mana ciri terbaru Facebook ini dapat membantu golongan bujang di dunia ini masih tidak boleh diramal. Buat masa sekarang, Tinder mempunyai lebih 100 juta pengguna berdaftar manakala Facbook pula memiliki lebih daripada 2.2 bilion pengguna aktif setiap bulan. Melihat kepada perbezaan besar jumlah pengguna ini, ciri Dating pada Facebook dijangka akan dapat menyaingi atau mungkin mengatasi Tinder dalam masa yang singkat.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY