Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi – Facebook Rugi Lebih RM 400 Billion Dalam Masa Satu Hari

Rasmi – Facebook Rugi Lebih RM 400 Billion Dalam Masa Satu Hari

Diterbitkan Julai 27, 2018 oleh Haikel Areff

Walaupun dihimpit dengan pelbagai skandal dan permasalahan, Facebook dan pengasasnya Mark Zuckerberg kekal optimis bahawa masa depan platform atas talian popular itu masih lagi baik. Namun, pendirian mereka itu mungkin akan berubah selepas Facebook dilaporkan telah mengalami kerugian sejumlah $119 billion(~RMĀ 483.74 billion) dalam masa sehari, semalam(26 Julai).

Ia merupakan rekod baru di mana sebelum ini tiada syarikat yang pernah rugi lebih dari $100 billion dalam tempoh satu hari di pasaran Amerika. Intel yang memegang rekod kerugian tertinggi sebelum ini, telah kehilangan $90.7 billion pada 22 September 2000.

Rasmi – Facebook Rugi Lebih RM 400 Billion Dalam Masa Satu Hari

Kerugian itu berpunca daripada pengumuman Facebook sendiri. Dua hari lepas, mereka telah melaporkan bahawa mereka gagal mencapai jumlah pendapatan yang diharapkan pada suku kedua tahun ini serta jumlah pengguna aktif harian yang semakin berkurangan.

Perkara ini telah membuatkan nilai syarikat berkenaan telah menurun sebanyak 19 peratus. Facebook yang sebelum ini bernilai pada $630 billion(~RM 2.56 trillion) kini dianggarkan mempunyai nilai pasaran pada $510 billion (~RM 2.07 trillion).

SumberĀ 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY