Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Memperkenalkan Hab Penstriman Permainan Video Mereka – fb.gg

Facebook Memperkenalkan Hab Penstriman Permainan Video Mereka – fb.gg

Diterbitkan Jun 8, 2018 oleh Haikel Areff

Permainan video pada masa kini bukan hanya sekadar bermain sahaja, malah penggemar permainan video kini semakin berminat untuk menonton video penstriman permainan kegemaran mereka. Laman Twitch merupakan antara laman penstrimanan terbesar dalam industri permainan video dan menutut laporan Business Insider, mereka mempunyai sekitar 55 juta pengguna aktif pada hari ini.

Screen Shot 2018-06-08 at 10.02.42 AM

Dan semalam, Facebook telah pun mengambil langkah untuk turut serta dalam industri berkenaan dengan melancarkan ‘fb.gg’ sebagai hab penstriman permainan video terbaru mereka. fb.gg ini akan menjadi tempat pengumpulan setempat bagi penggemar permainan video menonton pemain kegemaran mereka bermain.

Melalui laman tersebut, Facebook telah memudahkan pengguna untuk memilih permainan video yang ingin ditonton melalui pengkategorian ‘Stream by Game‘. Maka, tidak menjadi masalah sekiranya pemain kegemaran anda tidak membuat siaran langsung ketika anda mahu menonton.

Screen Shot 2018-06-08 at 9.55.02 AM

Bagi anda yang memang gemar menonton penstriman permainan video, anda sudah boleh melayari laman fb.gg sekarang dan mula menikmati gaya permainan daripada pemain kegemaran anda. Ia lebih mudah daripada mengharapkan rakan-rakan anda untuk berkongsi siaran langsung melalui news feed atau mencari sendiri sebelum ini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY