Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dislike button

Facebook Akhirnya Memperlihatkan Ciri Butang ‘Dislike’ Yang Dinanti-nantikan

Diterbitkan Mei 7, 2018 · Dikemas kini Mei 7, 2018 oleh Haikel Areff

Semenjak 2015, pihak Facebook sedang berusaha untuk membawakan ciri butang ‘Dislike’, apabila menerima banyak desakkan daripada pengguna. Selepas hampir 3 tahun, akhirnya mereka memperlihatkan ciri tersebut, yang pada ketika ini masih lagi dalam tempoh percubaan. Namun ianya bukanlah butang ‘dislike’ seperti yang anda jangkakan.

Facebook Akhirnya Memperlihatkan Ciri Butang ‘Dislike’ Yang Dinanti-nantikan

Facebook bakal memperkenalkan ciri undi (vote dan downvote) dengan menggunakan butang anak patah pada ruang komen, ciri yang sama diperlihatkan di Reddit. Melalui ciri vote dan downvote ini, pengguna boleh mengundi dan manghakimi komen-komen daripada pengguna lain.

Screen Shot 2018-05-07 at 4.43.08 PM

Pada kami, ianya bukanlah sesuatu yang baru. Sebenarnya jika diteliti semula, ianya sama sahaja dengan apa yang telah diketengahkan oleh pihak Facebook ketika ini. Pengguna boleh menggunakan emoji marah jika sesuatu komen itu berniat tidak baik atau terlalu kasar contohnya.

Facebook Akhirnya Memperlihatkan Ciri Butang ‘Dislike’ Yang Dinanti-nantikan

Facebook seterusnya menidakkan khabar angin yang menyatakan mereka memperkenalkan butang dislike dengan mengatakan, “Kami tidak menguji butang dislike. Kami sedang meneroka ciri untuk pengguna memberi maklum balas tentang komen pada post muka awam. Ia melibatkan komuniti kecil di U.S sahaja.”

Sumber

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY