Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Diterbitkan Julai 25, 2018 · Dikemas kini Julai 25, 2018 oleh Haikel Areff

Sejak beberapa hari lalu, nama Elon Musk menjadi tular di laman Twitter. Ia bukan kerana usahanya dalam mengeluarkan mangsa yang terperangkap di gua Thailand, namun disebabkan penggunaan namanya oleh spam bot yang dikaitkan dengan pengiklanan penipuan matawang kripto.

Atas sebab itu, Twitter kini akan mengunci setiap akaun yang menggunakan nama paparan ‘Elon Musk’ bagi mengesan spam bot yang terlibat. Bagi pengguna yang menggunapakai nama tersebut, anda akan diminta untuk mengesahkan nombor telefon dan menyempurnakan ujian CAPTCHA sebelum dibenarkan untuk mengakses akaun anda semula.

Tukar Nama Paparan Twitter Kepada Elon Musk, Dan Akaun Anda Akan Dikunci

Twitter mendakwa mereka perlu untuk mengambil tindakan berikut bagi mengesan dan membanteras kelakuan dan aktiviti yang meragukan daripada pengguna mereka. Untuk pengetahuan anda, spam bot tidak akan dapat menyempurnakan ujian CAPTCHA tersebut dan ia sekaligus akan membantu usaha Twitter untuk mengesan mereka.

Sebelum ini Twitter telah memadam jutaan akaun yang diragui dan dikenalpasti sebagai bot dari laman sesawang mereka. Tindakan mereka kali ini menunjukkan mereka benar-benar serius dalam memastikan platform tersebut bebas dari aktiviti dan salah laku atas talian yang tidak sepatutnya.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY