Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Syarikat Yang Telah Menarik Diri Dari Acara MWC 2020

Senarai Syarikat Yang Telah Menarik Diri Dari Acara MWC 2020

Diterbitkan Februari 12, 2020 oleh Helmi Samsuri

Mobile World Congress atau lebih dikenali dengan singkatan MWC merupakan acara yang ditunggu ramai peminat dunia mudah alih.

Pameran terbesar dalam industri mudah alih itu nampaknya semakin suram untuk tahun 2020 rentetan daripada kebimbangan wabak Covid-19 (Koronavirus) yang melanda ketika ini. Ini kerana nama-nama besar teknologi mengambil keputusan untuk tidak menyertai acara yang dijadualkan berlangsung dari 24 Februari sehingga 27 Februari itu.

Terdahulu, pihak penganjur iaitu GSMA juga telah mengeluarkan langkah-langkah perlindungan bagi membendung penularan wabak Covid-19 pada pameran itu. Antaranya adalah halangan keatas pelawat dari wilayah Hubei, pelawat yang pernah mengunjungi China perlu mengemukan bukti mereka sudah keluar dari negara itu 14 hari sebelum tarikh acara bermula, pengesanan suhu badan dan lain-lain.

Namun laporan tidak rasmi baru-baru ini pula mengatakan GSMA akan mengadakan perbincangan sama ada akan kekal menjalankan acara itu atau dijadualkan semula pada tarikh yang lain.

Berikut merupakan syarikat-syarikat yang sah tidak menyertai MWC 2020 seperti yang disenaraikan laman Tech Crunch.

  • Accedian
  • Amazon
  • Amdocs
  • AppsFlyer
  • ARCEP
  • AT&T
  • Ciena
  • Cisco
  • CommScope
  • Dali Wireless
  • Ericsson
  • F5 Networks
  • Facebook
  • Gigaset
  • iconectiv
  • Intel
  • InterDigital
  • Interop Technologies
  • KMW Communications
  • LG
  • MediaTek
  • NTT Docomo
  • Nvidia
  • Radwin
  • Royole Corporation
  • Sony
  • Spirent
  • Sprint
  • Ulefone
  • Umidigi
  • Vivo

ZTE, Telenor dan TCL masing-masing sedia membatalkan sidang akhbar mereka pada acara itu tetapi berkemungkinan masih hadir menyertai MWC 2020.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY